Projek LRT Pulau Pinang - MRT Corp anugerah kontrak sivil utama kepada SRC Consortium

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan/foto The Star
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), hari ini (Isnin) menandatangani perjanjian Kontrak Sivil Utama (CMC) bagi Segmen 1 Projek LRT Laluan Mutiara bersama SRS Consortium Sdn Bhd yang bernilai RM8.31 bilion.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata CMC Segmen 1 Projek LRT Laluan Mutiara itu akan menghubungkan Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang-A (PSR-A) ke KOMTAR dengan anggaran jajaran sepanjang 24 kilometer.

"SRS Consortium memiliki pengalaman dan kepakaran luas dalam projek ini, di atas keterlibatan mereka sejak awal projek, termasuk kajian teknikal serta dalam mendapatkan kelulusan penting.

"Proses rundingan perolehan antara MRT Corp dan SRS Consortium yang berlangsung sejak April 2024 telah dijalankan dengan penuh teliti dan menyeluruh," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis permeteraian tersebut, pada Isnin.

SRS Consortium merupakan konsortium yang diketuai Gamuda Bhd bersama Loh Phoy Yen Holdings Sdn Bhd dan Ideal Property Development Sdn Bhd yang juga terlibat sebagai Project Delivery Partner (PDP) untuk Penang Transport Master Plan (PTMP).

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Projek LRT Mutiara Line, Azmi Abd Rahman berkata sambungan berkenaan akan meningkatkan…
Berita Domestik
Pengarah Urusan Geohan, Lee Kim Seng, berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan kejayaan meraih…
Berita Domestik
awal yang hanya melibatkan laluan di pulau. Sebagai anak kelahiran Pulau Pinang yang dibesarkan di…