PROJEK LITAR LUMBA TERBENGKALAI DI SUNGAI PETANI KEMBALI ‘ON’

oleh Hamimah Hamid|
PROJEK litar lumba di Sungai Petani, Kedah yang sebelum ini tertangguh bakal dibangunkan semula.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, rundingan bersama sebuah syarikat terkemuka, Open Road Asia dengan Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Menteri Besar Incorporated (MBI) telah dibuat bagi meneruskan projek terbabit mengikut pelan asal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jelas beliau, sebelum ini projek dengan kos RM10 juta di Bandar Amanjaya itu terbengkalai ekoran berlaku pertukaran pentadbiran kerajaan negeri yang mengubah pelan litar itu mengikut standard antarabangsa.

“Fasa pertama pembinaan litar lumba itu telah berjalan sebelum ia terhenti setelah berlaku pertukaran pentadbiran kerajaan negeri. Pengubahan pelan litar menyebabkan kos pembinaan meningkat daripada RM30 juta kepada RM70 juta.

antara kategori yg dipertandingkan

“Kerajaan terdahulu telah membuat kerja-kerja tapak membabitkan kos RM10 juta, kemudian datang kerajaan negeri selepas itu mengubah perancangan untuk menaik taraf pembangunan litar lumba mengikut standard antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pembukaan Tapak Sukan Lasak Arasniaga Extreme Park (ANeX) di Sungai Toh Pawang, Bedong, di Sungai Petani, hari ini.

Menurut Muhammad Sanusi, perancangan kerajaan negeri Kedah mengikut pelan asal dibuat supaya ia dapat dimanfaatkan anak muda dan penduduk tempatan.

kategori scrambler turut bertanding

Ujar beliau, projek terbabit bagaimana pun tidak dapat dilaksanakan berikutan kos terlampau tinggi termasuk lantikan perunding yang menelan perbelanjaan hampir RM1juta.

Justeru katanya, kerajaan negeri kini melakukan rundingan bagi membangunkan semula projek litar lumba itu.

Dalam pada itu beliau berkata, kesudian syarikat Open Road Asia yang telibat dalam pembangunan trek di Langkawi untuk berunding bagi meneruskan projek litar lumba di Sungai Petani itu amat dialu-alukan.

“Ketika ini rundingan kita lakukan untuk ubah Kebenaran Merancang (KM), selain kos membabitkan konsultan yang tinggi mencecah RM1 juta juga dibincang semula," katanya

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara ini merupakan peluang yang terbaik untuk pemilik dan peminat sukan kereta lasak di luar sana…