Projek lebuh raya WISE hubung Gopeng-Kuala Kangsar akan dilaksana seperti dirancang

oleh Penyumbang Rencana|
foto Perak Press
Projek lebuh raya West Ipoh Span Expressway (WISE) menghubungkan Gopeng dan Kuala Kangsar akan dilaksanakan seperti dirancang selain diberi perhatian utama oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata kelulusan projek pembinaan laluan berjarak 65 kilometer (km) itu sudah diperoleh serta sudah diserahkan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Projek itu sudah diluluskan secara dasar oleh Kementerian Kewangan, sejauh 65km jajaran sebelum Gua Tempurung di Gopeng sampai ke Manong, Kuala Kangsar. Ia kini hanya menunggu untuk kerja pembinaan dimulakan.

"Apabila kami (KKR) dapat ketua setiausaha baharu, antara tugasannya ialah untuk selesaikan WISE. Dalam siri mesyuarat bersama kami, beliau menyatakan WISE sudah 'selesai'," katanya.

Dalam Belajawan 2025, WISE dimasukkan sebagai satu daripada lima projek berkepentingan rakyat yang akan diberi keutamaan, menggunakan pendekatan Kerjasama Awam-Swasta (PPP).

Projek WISE akan melalui proses pecah tanah pada akhir bulan ini di Kuala Kangsar dan dijangka disempurnakan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, media melaporkan WISE sepanjang 60km akan dilengkapi tiga lorong dua hala. Laluan bermula di Gopeng melalui Batu Gajah, Siputeh, Manong, Tronoh, Beko, Seri Iskandar, seterusnya Kuala Kangsar.

Lebuh raya itu akan menjadi laluan alternatif, khususnya bagi kenderaan berat di kawasan Terowong Menora di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), laluan yang dilapor merekodkan banyak kemalangan, termasuk maut, selain kepadatan trafik pada waktu tertentu.

 

Artikel sepenuhnya Berita Harian