Projek lebuh raya CSR di Kelantan dijamin siap akhir 2025

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan komited untuk memastikan Projek Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) dari Kuala Krai ke sempadan Pahang siap sepenuhnya pada akhir tahun 2025.


Katanya lagi kerja pembinaan lebuh raya sepanjang 129.5 kilometer dengan kos RM3.2 bilion ringgit kini sedang giat dijalankan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau turut berkata bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memaklumkan bahawa terdapat 10 sub pakej berjalan dengan baik kecuali satu pakej 3D di bulatan Gua Musang ke Mentara sepanjang 10 kilometer.


“Tugas JKR sudah pasti bahawa apa dirancang, ia dapat disiapkan. Bagi Kelantan, kerajaan negeri ingin melihat supaya semua projek projek jalan siap sebelum akhir 2025.


“Kelantan juga sedang bersiap sedia untuk Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung 2026. Jadi, mengikut perancangan sehingga akhir 2025 semua projek perlu siap sepenuhnya,” katanya.


Menurut Mustapa, bagi pakej 3D projek terbabit lewat disiapkan disebabkan beberapa masalah termasuk kekurangan pekerja dan bahan api diesel.


Katanya, projek pakej 3D telah bermula sejak tahun 2018.


“Jangkaan siap projek berkenaan pada tahun 2024, namun isu utama ketika ini adalah kekurangan pekerja.


Katanya lagi bahawa wakil-wakil syarikat telah memberi taklimat dan kebanyakan mereka menyatakan bahawa masalah pekerja asing menjadi faktor projek terbengkalai dan lambat siap berbanding masa yang ditetapkan.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Ada sedikit kekeliruan dalam pelaksanaan undang-undang ini. Ordinan ini akan kekal dengan…
Berita Domestik
  "Ordinan itu menyebut tidak melebihi RM10,000. Ia boleh jadi RM100 atau RM1,000, bergantung…