Projek Keretapi Laju Indonesia bakal beroperasi 2021

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, sementara Malaysia masih lagi berteka-teki dengan projek keretapi berkelajuan tinggi (MyHSR) yang menghubungkan KL dan Singapura, negara jiran Indonesia sudah pun memulakan projek keretapi peluru tersendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada laman Jakarta Globe, Menteri Perhubungan Indonesia Budi Karya Sumadi memberitahu media bahawa proses pengambilalihan tanah untuk keretapi peluru Jakarta-Bandung sudah menghampiri 99 peratus siap. 

Budi membuat pengumuman tersebut selepas mesyuarat antara Kementerian Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi dan beberapa kementerian lain yang terlibat dalam projek tersebut. 

Pembinaan projek tersebut akan bermula setelah selesai proses pengambilalihan tanah pada Januari 2020. 

 


Menteri tersebut turut mengumumkan sebuah lagi projek landasan berkembar yang akan dibina bagi menghubungkan Tegalluar ke Bandung. 

China Railway International berjaya memintas Jepun (Japan International Coorperation Agency, JICA) dalam usaha untuk memperoleh kontrak pembinaan projek keretapi laju Indonesia. 

Pembinaan landasan berkelajuan tinggi ini dijangka siap menjelang 2021, beberapa bulan sebelum operasi keretapi laju Indonesia bermula. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jaringan rel terbaharu itu direka untuk keretapi berkelajuan sehingga 350 km/j dengan jumlah jarak…
Berita Global
Pemandu pengangkutan awam yang berumur 36 tahun itu pergi ke tandas selama kira-kira tiga minit…
Berita Global
Difahamkan, Projek Kereta Cepat Indonesia (KCID) yang sedang dalam fasa pembangunan ini bakal…