Projek kereta nasional ketiga - helah Jepun kekal penguasaan pasaran?

oleh Mohamad Hanif|
Ianya satu plot perancangan untuk mengekalkan dominasi Jepun di dalam industri automotif dan mengelakkan pengambilalihan pasaran seperti mana yang dibuat oleh Korea Selatan terhadap industri produk putih Jepun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tatkala Malaysia mengalami kesukaran di dalam penggantian industri pengimportan, Thailand pula maju ke hadapan dengan eksport automotifnya.

Dan adakah Daihatsu akan senang-senang memberikan platform kenderaan secara percuma? 

Tiada yang percuma di dalam dunia ini tuan-tuan dan puan-puan. 

 

gambar hiasan

Jepun sendiri telah belajar kesilapan lalu apabila jenama-jenama Korea Selatan (LG dan Samsung) berjaya mengatasi jenama Panasonic, Sharp, Toshiba, Sony dan sebagainya pada tahun 2000-an.

Jadi, industri automotif Jepun tidak akan membiarkan apa yang berlaku terhadap industri produk putih berulang kembali tanpa memberikan saingan bagi mengekalkan dominasinya. 

Cuma, sampai bila Jepun mahu menjadikan Asean sebagai pasaran eksklusif mereka?

Dengan memberikan platform dari Daihatsu serta insentif kerajaan kepada pengeluar kereta bahau akan memberikan kesan kepada Proton serta cita-citanya untuk menjadi pengeluar nombor satu di Malaysia, serta mencapai sasaran eksport yang signifikan kepada negara Asean. 
 


Pun begitu, Projek Kereta Nasional Ketiga (NNC) yang diterajui oleh DreamEDGE seperti mana yang diumumkan oleh Menteri Dato' Darell Leiking tidak akan mengikut jejak langkah Proton.

Pada pendapat penulis, Proton Baharu telah mengambil gelaran Kereta Nasional Ketiga dua tahun lalu apabila pemiliknya, DRB-Hicom bersetuju menerima kerjasama Zhejiang Geely Holdings Group (ZGH), salah sebuah syarikat swasta terbesar di China. 

Sejak daripada itu, produk Proton terus menarik perhatian, seperti SUV X70, dan juga produk-produk facelift seperti Iriz, Persona dan juga Saga. 

Strategi pemasaran Proton juga turut menyumbang kepada perkembangan positif selama tujuh bulan berturut-turut sehinggalah menjadi pengeluar nombor dua untuk pencapaian separuh pertama tahun 2019.
 


Jadi pada pendapat peribadi, kita sebenarnya sudah mempunyai pengeluar kereta nasional baharu, Proton dan saya percaya Malaysia kini mempunyai masa hadapan yang cerah untuk menjadi hub automotif di rantau Asean.

Jika tujuan sebenar NNC adalah untuk mencipta peluang pekerjaan dan pendapatan hasil pasaran eksport, perkara terbaik yang perlu dibuat adalah dengan memberikan kesemua insentif fiskal kepada syarikat automotif sedia ada di Malaysia, dan bukannya tertumpu kepada syarikat yang dilantik kerajaan seperti DreamEDGE.

Samalah halnya juga kepada syarikat lain yang didalam senarai seperti Alam Perkasa dengan produk EV Mimco Alifnya. 

Apabila pihak kerajaan memberikan insentif kepada pihak yang dinamakan, ini menampakkan kerajaan mempunyai 'kegemaran' dalam memilih juara tersendiri.

Bagaimana pula perasaan syarikat automotif lain yang sudah lama melabur di Malaysia? Tidakkah mereka akan terasa hati?

 

sumber gambar: Nikkei Asian Review

Banyak perkara yang kita boleh pelajari daripada Proton seperti:

1. Malaysia tidak mempunyai skala pasaran dan ekonomi yang besar, tidak seperti Thailand (70 juta), Indonesia (320 juta) dan Vietnam (100 juta). Untuk mengatasi masalah kekurangan dana R&D, Perodua mengadaptasi model Daihatsu sedia ada untuk pasaran Malaysia. 

2. Proton kini mengikuti model perniagaan yang menguntungkan - mengambil platform yang lebih berjaya dari rakan kongsi dan mengadaptasinya untuk pasaran Malaysia, dan pasaran serantau. 

3. Apa yang perlu Proton lakukan dengan lebih baik adalah rakannya ZGH mahu mengeksport kereta Proton untuk pasaran Asean, baik versi pemanduan sebelah kanan mahupun pemanduan sebelah kiri. 

Bagi penulis, cerita naratif berkenaan industri automotif Malaysia kini sudah jelas.

Malaysia kini dikuasai oleh pengeluar kereta dari luar yang melabur demi periuk nasi mereka dengan satu pengecualian - mereka tidak mengeksport dalam kuantiti yang besar.
 


Jadi Proton dan rakannya Zhejiang Geely perlu mengambil peluang ini untuk menguasai pasaran negara jiran Asean kerana mereka sendiri tidak mempunyai sebarang kehadiran dalam bentuk jualan di Thailand, Indonesia dan Vietnam. 

Dalam pada itu, sudah tentu SAIC di Thailand mahu mengeksport jenama Roewe-nya untuk memasuki pasaran Malaysia. 

Dari sejarah zaman kegemilangan Proton itu sendiri, pada ketika itu kerajaan memastikan kenderaan dari jenama luar dijual pada harga yang lebih mahal terima kasih kepada pelbagai insentif, subsidi R&D serta hasil cukai yang menggalakkan ke atas Proton.

Dan pada ketika ini, pemain industri automotif global memfokuskan kepada kenderaan plug-in hybrid dan kenderaan elektrik bateri sebagai langkah seterusnya. 
 

sumber: CAR Magazine

Jika Alam Perkasa, atau DreamEDGE mahu mempunyai asas yang kuat seperti Proton, mereka perlu mengambil langkah yang lebih baik seperti menjalinkan kerjasama dengan salah satu daripada jenama China yang lain seperti SAIC, Geely, Great Wall, Changan, Chery, Dongfeng, BYD, BAIC, GAC, Zotye, JAC, FAW, Brilliance, Hawtai Motor dan Liebao Motors.

Melihatkan kepada situasi semasa, pemain major industri automotif global sudah tersedia melabur di Malaysia dan kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi meningkatkan lagi potensi negara sebagai sebuah hab untuk industri mobiliti baharu. 

Sebagai contoh, struktur cukai jalan sedia ada perlu dimodenisasikan dengan pengenalan cukai emisi karbon dan bukannya berdasarkan saiz sesaran enjin seperti yang dipraktikkan masa kini.

 

sumber gambar: Electrive

Dan mungkin lebih baik sekiranya insentif tersebut diberikan kepada pengeluar yang memasang dan menghasilkan pek bateri untuk kenderaan elektrik, seperti Tesla yang kini membina kilang bateri Giga-nya di USA, Eropah dan China. 

Menurut pemerhati industri, Urs Mueller masih percaya Malaysia mempunyai peluang yang cerah di dalam industri penghasilan bateri untuk kegunaan EV.

 

Artikel ini diterjemah daripada tulisan asal Yamin Vong "Is the Third National Car Project a Japanese plot to keep on top?"

Artikel asal boleh dibaca menerusi pautan ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Syarikat Bumiputera yang berpengkalan di Cyberjaya itu turut dilaporkan menerima sokongan teknologi…