Projek kereta nasional ketiga - Daihatsu sah kerjasama dengan DreamEdge

oleh Mohamad Hanif|
Gergasi pengeluar kenderaan Jepun, Daihatsu Motor Co Ltd mengesahkan sudah berhubung dengan syarikat kejuruteraan Malaysia, Dreamedge bagi membangunkan kereta nasional ketiga negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagaimanapun menurut Pengerusi Daihatsu, Soichiro Okudaira masih terlalu awal untuk mengulas perkara berkenaan.

“Kami baru sahaja berhubung dengan Dreamedge untuk kerjasama masa hadapan.

“Kami belum memutuskan sebarang perkara dan kami tidak boleh memberi sebarang perincian.

“Kami tidak boleh beritahu bila dan apakah bentuk sokongan dari kami,” katanya ketika ditemui media di Pameran Auto Tokyo 2019.

Daihatsu katanya terbuka kepada sebarang bentuk kerjasama baik dari sokongan teknologi mahupun kepakaran.Pada 9 Ogos Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking mengesahkan Daihatsu akan menyediakan sokongan teknologi canggih bagi pembangunan kereta nasional ketiga.

Ia dijangka berkerjasama dengan Dreamedge, syarikat tempatan yang akan mengemudi projek berkenaan.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Sejujurnya, sejak saya menjadi menteri di dalam kabinet, tidak pernah dibincangkan berkaitan…
Berita Domestik
Memetik laporan daripada MalayMail, dana yang diperuntukkan tersebut pada mulanya disediakan untuk…
Berita Domestik
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut meminta Perusahaan…