Projek kereta nasional 3.0 - Dua syarikat EV China tunjuk minat, jumlah pelaburan cecah RM41 billion

oleh Mohamad Hanif|
Dua buah syarikat daripada China didapati berminat untuk melabur sejumlah RM41 bilion di dalam projek kereta nasional 3.0 di samping membina sebuah hub automotif yang bertempat di Perak, menurut satu sumber rasmi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Laporan daripada The Star menyebut syarikat kenderaan elektrik (EV) daripada China, iaitu GSR Capital dan Envision Energy telah menghantar kertas cadangan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ketika lawatan beliau ke China, baru-baru ini. 

 


Hub automotif itu dijangka akan dibina di Bagan Datuk, sebuah bandar automotif yang pernah dicadangkan ketika pemerintahan kerajaan yang terdahulu sebelum ini. 

Envision yang memegang 75% saham di dalam unit AESC kenderaan elektrik Nissan dijangka akan membawa masuk unit berkenaan untuk bekerjasama dengan GSR Capital untuk membina fasiliti pemasangan EV di sini. 

Projek kereta nasional tersebut bakal diketuai oleh GSR Capital manakala AESC bakal memberikan teknologi yang berkaitan untuk menghasilkan kenderaan elektrik, diikuti oleh penghasilan bateri EV. 

Projek kerjasama tersebut bakal menampilkan sebuah hub pendidikan bagi melatih tenaga pekerja mahir serta fasiliti R&D yang secara keseluruhannya bakal mencipta sejumlah 15,000 peluang pekerjaan.

 


Dalam satu perkembangan yang lain, pemegang saham di dalam Proton, Zhejiang Geely Holding Group juga dilaporkan menunjukkan minat untuk menyertai projek kereta nasional 3.0. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Jika fokus adalah kepada kenderaan elektrik, memang wujud peluang untuk UK bekerjasama dengan…
Berita Domestik
Kementerian Pembangunan Usahawan pada fasa akhir menyenarai pendek syarikat yang akan bekerjasama…
Berita Domestik
Laman web tersebut, DSK Industry turut mengaku mereka sedang menyiapkan kereta elektrik pintar yang…