Projek kereta nasional 3.0 - dua kertas cadangan sedang diteliti MAI

oleh Mohamad Hanif|
Menjawab kepada persoalan para media berkenaan projek kereta nasional ketiga, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari, berkata sehingga kini terdapat dua kertas cadangan sudah pun dihantar kepada pihak mereka untuk diteliti.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) baru-baru ini membuka peluang sehingga 15 Oktober ini kepada pihak yang berminat untuk menghantar kertas cadangan mereka sekiranya ingin terbabit dalam projek berkenaan.

"Kami akan menilai semua kertas cadangan yang dihantar dan melihat sekiranya cadangan itu menepati kehendak kerajaan sebelum beralih kepada pemberian insentif dan sebagainya.

"Sehingga kini kami sudah menerima dua (kertas cadangan), tetapi lebih baik sekiranya kita tunggu 15 Oktober ini untuk lihat jumlah cadangan yang dihantar," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PROTON Holdings Bhd (PROTON) dan MAI di sini, hari ini.
 


Sebelum ini, pihak media massa telah melaporkan bahawa model prototaip pertama kereta daripada projek kereta nasional ketiga (NNCP) dijangka akan siap menjelang awal 2019 sebelum memasuki pasaran secara rasmi pada 2020.

Menjawab kepada persoalan adakah perancangan dalam masa dua tahun tersebut dilihat realistik, Datuk Madani menjelaskan terdapat beberapa kertas cadangan tersebut telah pun disiapkan sebelum NNCP direalisasikan pada tahun ini dan ia merupakan projek yang dibiayai secara persendirian. 

Mengulangi keputusan yang telah dibuat sebelum ini, pihak MITI perlu meneliti kesemua kertas cadangan yang telah dihantar sebelum keputusan rasmi diumumkan pada 15 Oktober nanti. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penjenamaan semula ini bertujuan untuk menjadikan MARii sebagai organisasi strategik dalam usaha…
Berita Domestik
Memorandum perjanjian tersebut telah disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri…
Uncategorized
Anugerah Kereta Tahunan Malaysia Automotive Industry (Car Of The Year MAI) yang bakal berlangsung…