Projek 'Impreza 22B wagon' tak siap untuk dijual

oleh Mohamad Hanif|
Subaru Impreza 22B merupakan antara model coupe dua pintu yang kini menjadi rebutan ramai (dan harga yang tak ingat dunia).
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Namun, pernahkah anda melihat sebuah Impreza 22B yang diubah menjadi sebuah wagon?

Bengkel Scoobyclinic yang terletak di Chesterfield, UK kini mempunyai unit 22B wagon tiga pintu untuk dijual.
 

Wagon


Namun barang harus diingat, Impreza 22B wagon ini merupakan sebuah projek yang tidak sempurna disebabkan mereka 'tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyiapkannya'.

Menurut info, projek ini bermula pada tahun 2008 menggunakan asas daripada model Impreza wagon lima pintu, sebelum mereka menggantikan pintu asal kepada pintu yang lebih panjang daripada model Type R.

Disebabkan fender dan arka roda belakang yang lebih lebar, roda emas jentera ini dilihat tenggelam ke dalam, dan sudah pasti memerlukan rim baharu yang lebih sesuai.
 

Wagon


Untuk ruang kabin pula, pihak Scoobyclinic telah melakukan inisiatif memadankan sangkar keselamatan untuk mengukuhkan casis 'wagon' tersebut.

Keadaan ruang kabin juga sangat kosong tanpa kehadiran kelengkapan pemanduan asas seperti roda stereng, paparan meter dan juga tempat duduk.

Biarpun berstatus tidak sempurna, pihak Scoobyclinic menyimpan projek ini dengan baik daripada sebarang habuk dan kekotoran selama 14 tahun.

 


Harga? Pihak bengkel mahu menjualnya dengan harga £10,995 (RM58,746) sahaja tidak termasuk rim yang dipaparkan itu.

Berita Berkenaan

Informasi
Untuk memecahkan stereotaip yang telah lama membelenggu, Kegani Racing Academy telah memperkenalkan…
Berita Domestik
Laporan daripada Utusan Malaysia menyebut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof…
Berita Domestik
Perdana Menteri berkata, keutamaan akan diberikan kepada kontraktor tempatan, terutama golongan…