Projek HSR - Malaysia bayar RM320 juta kepada Singapura

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan Malaysia membayar sebanyak RM320,270,519,24 (S$102,815,576.00) kepada Kerajaan Singapura untuk membiayai kos yang dikeluarkan untuk pembangunan projek pembinaan kereta api laju (projek HSR) dan lanjutan penangguhan projek itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan Menteri Pengangkutan Singapura dalam kenyataan bersama berkata, bayaran itu dibuat selepas Kerajaan Malaysia dan Singapura memuktamadkan pampasan berkenaan penamatan perjanjian dua hala projek itu pada 31 Disember 2020.

”Kedua-dua negara mencapai persetujuan baik mengenai jumlah tersebut setelah proses pengesahan oleh Kerajaan Malaysia.

”Jumlah ini merupakan penyelesaian penuh dan terakhir berkaitan dengan penamatan perjanjian dua hala,” kata mereka.

Kedua-dua negara tetap komited untuk menjaga hubungan baik dan menjalin kerjasama erat untuk kepentingan bersama kedua-dua negara, kata kenyataan itu.

Sumber: Malaysia Gazette

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, apa yang perlu dipertimbangkan sekarang ialah isu pengambilan tanah serta…
Berita Domestik
  "Kita tidak akan menghalang. Perdana Menteri telah memberikan arahan kepada saya, bahawa kita…
Berita Domestik
Perdana Menteri berkata, ketika ini Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan rakan…