Projek HSR diteruskan pada skala yang lebih kecil

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan akan meneruskan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, namun skalanya dijangka dikecilkan bagi mengurangkan kos pelaksanaannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata ia antara lain menimbang kelajuan paling sesuai bagi kereta api laju itu.

"HSR akan diteruskan, tapi kita akan menentukan berapa kelajuan yang perlu (bagi kereta api itu). Ia tidak semestinya 400 kilometer (km) sejam, jika 400 km sejam, ia akan mungkin sampai ke Alor Setar.

"Jadi, kita akan lihat apa yang sesuai untuk projek ini," katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Bandar Malaysia di sini, hari ini.

Dr Mahathir ditanya sama projek HSR akan diteruskan dan sama ada skala projek itu juga akan dikecilkan.

Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan mahu mengurangkan kos bagi projek berkenaan kerana ia menelan belanja yang besar.

"Justeru, mungkin kita perlu mengecilkan skalanya dan membuat sedikit pengubahsuaian bagi mengurangkan kos.

"Mungkin mengurangkan kelajuan yang akan menyumbang kepada pengurangan kos," katanya.
 


Pada September tahun lalu, Singapura bersetuju untuk menangguhkan projek HSR sehingga Mei 2020.

Susulan permintaan Malaysia menangguhkan projek itu, kerajaan bersetuju membayar kos menarik diri AS$15 juta (RM45.6 juta) kepada Singapura.

Jun lalu, MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) dalam satu kenyataan memaklumkan, kajian semakan projek HSR dijangka siap akhir tahun.

MyHSR berkata, pihaknya sudah melengkapkan kajian semakan dua tender terbuka berasingan bagi melantik perunding penasihat teknikal (TAC) dan perunding penasihat komersial (CAC) untuk melaksanakan langkah semakan semula projek berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Jaringan rel terbaharu itu direka untuk keretapi berkelajuan sehingga 350 km/j dengan jumlah jarak…
Berita Global
Pemandu pengangkutan awam yang berumur 36 tahun itu pergi ke tandas selama kira-kira tiga minit…
Berita Global
Difahamkan, Projek Kereta Cepat Indonesia (KCID) yang sedang dalam fasa pembangunan ini bakal…