Projek hab eVTOL Hyundai-Urban Air Port dapat bantuan geran $1.6 juta dari kerajaan UK!

oleh Mohamad Hanif|
Projek Urban Air Port yang dibangunkan bersama divisyen Hyundai Urban Air Mobility itu bakal menjadi hab eVTOL (electric Vertical Take-Off and Landing) - termasuk dron kargo dan teksi terbang - pertama di dunia yang beroperasi sepenuhnya di Coventry bermula tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan terkini daripada Hyundai, projek Urban Air Port itu telah dipilih sebagai pemenang Future Flight Challenge, sekaligus melayakkannya menerima kerjasama dan geran bernilai $1.6 juta (RM6.49 juta) daripada kerajaan UK.

Hyundai juga sebenarnya turut merancang untuk membangunkan produk eVTOL sendiri yang bakal 'terbang' di udara menjelang tahun 2028.

Urban Air Port bakal diperluaskan kepada lebih 200 buah lokasi dalam masa lima tahun akan datang, di mana setiap satu hab itu memiliki keluasan 60 peratus lebih kecil berbanding sebuah heliport standard, selain menawarkan emisi sifar karbon dan mampu beroperasi diluar daripada jaringan grid nasional.