Projek Gruppe5 2002 - guna nostalgia BMW

oleh HEZERI SAMSURI|
Untuk seorang hartawan, mereka boleh memilih untuk memiliki model-model supercar dengan jenama lazim, atau menjadi salah seorang dari pemilik kenderaan retro yang bukan setakat cantik, tetapi membuktikan anda seorang kaki kereta sejati.

Ini ialah kerana anda tahu sejarah automotif dan jumlah kenderaan retro baharu juga terlalu sedikit serta harganya sangat mahal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
eagle singer
Singer dan Eagle, dua jentera retro baharu yang sangat mahal.

 

Contoh terbaik ialah Singer, yang menggunakan Porsche lama dan Eagle, yang dibina di atas platform Jaguar E-Type lama tetapi dikemaskinikan.

Satu lagi contoh yang bakal muncul ialah Gruppe5 2002 dan seperti anda lihat, lukisan komputer yang wujud sekarang ini menunjukan ia menggunakan rekabentuk BMW 2002 yang dihasilkan dalam tahun 1960-an.

 

 

Menurut siaran media Gruppe5, projek ini akan menggunakan varian-varian enjin asas BMW 5.0L V10 yang mampu menghasilkan sehingga 803 hp.

Mungkin kerana itu, ia menggunakan wide bodykit dan spoiler belakang gergasi serta sirip di hadapan dan di belakang.

Pakar enjin BMW, Steve Dinan akan membina enjin V10 itu dan Riley Technologies pula akan membina kerangka carbon fibre dan tiub itu.

Tidak terkejut jika projek Gruppe5 ini dimiliki oleh kedua-dua syarikat tersebut - Dinan dan Riley.

 

 

Enjin 5.0L V10 yang berasal dari BMW M5 dan M6 (dihasilkan dalam tahun 2005 hingga 2010) itu akan diolah semula untuk menghasilkan kapasiti dan kuasa maksimum berlainan.

200 unit akan menggunakan varian enjin 5.8L dengan 744 hp sementara 100 unit lagi akan menggunakan vsarian enjin 5.9L dengan 803 hp.

Transmisi Xtrac sequential pula akan diletakan pada gandar belakang untuk mengimbangi berat kereta ini.

Sistem gantungan pula ialah mirip kereta lumba, dengan mekanisma push-rod di setiap roda. Brek pula ialah dari jenis Alcon varian perlumbaan dengan rotor carbon ceramic.

 

 

Roda aloi BBW 3-piece bersaiz 19-inci itu pula akan dibaluti dengan tayar perlumbaan/jalanan Michelin atau Pirelli.

Pada peringkat sekarang, Gruppe5 hanya wujud dalam bentuk lukisan digital tetapi projek ini akan dimulakan selepas bulan Jun ini.

Harga Gruppe5 ini jauh melebihi apa yang diminta oleh Singer - US$875,000 untuk varian 5.8L dan US$975,000 untuk 5.9L.

Dalam Ringgit Malaysia, RM3.63 juta dan RM4.05 juta, tanpa cukai.

Sahaja.