Projek ECRL Terengganu capai 55.21 peratus

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu telah mencapai tahap kemajuan 55.21 peratus, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak.


Darwis berkata, setakat ini kerja-kerja pembinaan jajaran sepanjang 275 kilometer (km) di negeri itu menepati jadual yang ditetapkan dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

Beliau berkata, ia merangkumi pembinaan enam stesen iaitu Jerteh, Bandar Permaisuri, Kuala Terengganu dan Kemasik yang berfungsi sebagai stesen penumpang manakala Dungun dan Chukai bagi tujuan penumpang serta kargo.

"Kerja-kerja pembinaan untuk keseluruhan jajaran ECRL sepanjang 665km dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor pula berada pada tahap kemajuan 40.81 peratus.

"Laluan sepanjang 275km di Terengganu adalah yang terpanjang berbanding tiga negeri lain iaitu Kelantan, Pahang dan Selangor," katanya ketika berucap pada majlis Iftar Bersama ECRL di sini, malam Ahad.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh.

Darwis berkata, apabila projek berkenaan siap kelak, perjalanan dari Gombak ke Kuala Terengganu dijangka hanya mengambil masa dua jam setengah berbanding lima hingga enam jam dengan menaiki kereta.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, pada akhir 2026 ECRL akan siap dan beroperasi pada 2027 kemudian naik taraf jalan karak…
Informasi
MoU itu menggariskan kerjasama menyeluruh di antara semua pihak bagi mengukuhkan perkongsian…
Berita Domestik
“Hasil semakan mendapati lokasi jalan raya yang tular itu adalah di Jalan Hj Abdul Manan (Jalan…