Projek ECRL kini capai kemajuan pembinaan 81.07 peratus

oleh Penyumbang Rencana|
Kemajuan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) membabitkan jarak 665 kilometer (km) kini mencapai kemajuan pembinaan sebanyak 81.07 peratus sehingga Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL), Datuk Seri Darwish Abdul Razak berkata, proses pembinaan berada di tahap terbaik dan mengikut jadual yang ditetapkan.
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov

Katanya, kemajuan projek di Terengganu mencapai 90 peratus, Kelantan 88.68 peratus, manakala Pahang pula merekodkan kemajuan 86 peratus.

“Dengan perkembangan projek ini, ia membolehkan ECRL memulakan operasi pada Januari 2027 sebagaimana jadual asal yang ditetapkan.

“Untuk operasi percubaan akan dilakukan pada Jun tahun depan dan beberapa keretapi penumpang akan tiba tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerja Menteri Besar Kelantan di tapak Stesen Pasir Puteh, pada Khamis.

“Kita berterima kasih kepada semua kerajaan negeri yang banyak membantu dalam pembinaan projek ini termasuk mempercepatkan proses pengambilan tanah.

“Di Kelantan, dua Stesen ECRL iaitu di Pasir Puteh dan Kota Bharu juga masing-masing mencapai kemajuan 67 dan 69 peratus dan dijangka siap pada April dan Mei tahun depan,” katanya.

Sementara itu, ditanya dakwaan penduduk yang projek ECRL menyebabkan berlaku banjir kilat, Darwish berkata pihaknya sudah menyelesaikan masalah yang berbangkit dengan perbincangan berterusan dilakukan.

 

Bernama 

Berita Berkenaan

Informasi
“Ia seperti pemasangan rasuk (beam launching), pembinaan stesen dan pemasangan landasan (track…