Projek Apple Car: Apple dilapor berbincang dengan Toyota

oleh Mohamad Hanif|
Projek Apple Car kini menerima nafas baharu apabila Apple dilaporkan sedang berbincang dengan wakil daripada syarikat automotif terbesar di dunia untuk produksi EV pada tahun 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada DigiTimes, syarikat teknologi gergasi itu sedang melakukan perbincangan dengan wakil daripada Toyota, namun butiran lanjut berhubung perbincangan itu tidak didedahkan buat masa ini.

Namun, fokus perbincangan tersebut dikatakan berkisar berkenaan bekalan bateri yang diperlukan untuk pembangunan kenderaan elektrik.

Sementara itu MacRumors pula mendakwa wakil Apple telah berjumpa dengan syarikat Korea SK Group dan LG Electronics yang memfokuskan kepada teknologi bateri.

Menurut laporan terdahulu, Apple mahu membangunkan kenderaan elektrik dengan keupayaan pemanduan semi-autonomi menjelang tahun 2024, dan syarikat itu sedang menyediakan rantaian bekalan yang diperlukan untuk pembangunan EV.

Laporan Reuters juga turut menyebut Apple sedang membangunkan rekaan bateri serba baharu yang dijangka mampu mengurangkan kos pembangunan bateri, selain meningkatkan jarak operasi sesebuah EV.

Sumber: DigiTimes, MacRumours

Berita Berkenaan

Berita Global
Elon ditanya tentang rancangan Apple untuk membuat sebuah EV dan dengan sinis, Elon menjawab bahawa…
Berita Global
Lebih 2,000 orang pekerja terjejas kesan daripada penutupan projek tersebut, namun menurut laman…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, projek ini semakin bermasalah dengan pelancaran ditangguh ke 2028…