Project Punisher - Defender V8 yang memang jahat!

oleh Mohamad Hanif|
East Coast Defender merupakan sebuah lagi nama firma talaan yang memberikan fokus kepada modifikasi Land Rover Defender yang asal (bukan generasi baharu).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Salah satu projek baharu yang diperlihatkan adalah Project Punisher yang  menggunakan asas daripada Land Rover Defender 110 yang telah diberikan nafas baharu supaya tampak lebih garang dan jahat pada masa yang sama. 
 


Keseluruhan bahagian luaran diberikan layangan warna gelap macam warna Defender PDRM, termasuklah memasang tinted kaca bagi mengelakkan orang luar mengintai apa yang ada di dalam Defender ini. 

ECD turut memasang rangka eksoskeleton untuk melindungi bahagian atas badan sekiranya berlaku sebarang kemalangan roll-over terutama ketika melalui jalan off-road yang curam. 
 


Untuk memastikan kuasa yang disalurkan sentiasa mencengkam jalan, tayar off-road telah pun dipasang membaluti rim custom, serta set suspensi jenis long-travel turut digunakan bagi menaikkan ketinggian jarak kelegaan tanah. 

Beberapa komponen kritikal untuk kegunaan off-road turut dipasang seperti lampu tambahan di bumbung serta di bahagian tailgate, serta cangkuk untuk membantu pergerakan sekiranya tersekat di dalam hutan.
 


Jika luaran tampak agresif, ruang dalaman pula menyambut kehadiran pemandu dan penumpang dengan penggunaan upholsteri kulit dan tempat duduk sports yang mempunyai jahitan kustom serta rekaan ala-ala berlian. 

Sistem infotainmen pula adalah daripada Kenwood yang turut menawarkan sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, selain mempunyai satelit navigasi dan capaian Wi-Fi untuk kegunaan para penumpang. 
 


Beralih kepada sumber kuasa, ini bukanlah Defender yang pertama menampilkan penggunaan nadi V8. 

ECD telah pun menghukum buang daerah enjin asal dan memasukkan nadi Chevy LC9 V8 5.3 liter yang menghasilkan 326 kuasa kuda, dipadankan dengan ciri pacuan 4x4 dan transmisi automatik enam nisbah kelajuan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit pertama yang dipaparkan ini baharu sahaja meluncur keluar bagi memberikan laluan kepada…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…
Berita Global
Informasi berkenaan BAIC Jishi 01 dikatakan muncul di laman web Kementerian Industri dan Teknologi…