Project Proton - kisah Teksi Wira 'tawan' Litar Nurburgring!

oleh Mohamad Hanif|
Litar Nurburgring, atau lebih mesra dinamakan sebagai Litar Neraka Hijau (Green Hell) merupakan antara lokasi utama bagi para pengeluar automotif untuk menguji keupayaan jentera berprestasi tinggi mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebut sahaja kereta terpantas di dunia, atau kereta dengan bunyi enjin yang paling sedap, namun pasti tidak terlintas dalam fikiran anda, sebuah Proton Wira dipandu mengelilingi Nurburgring?

Ya, Proton Wira dengan warna tipikal teksi Malaysia ini sebenarnya merupakan hasil kerja adik beradik Jochem dan Ruben Gravemade, warga Jerman yang pernah tinggal di Malaysia beberapa tahun yang lalu.

 


Mereka menamakan Wira ini sebagai Project Proton, di mana idea tersebut timbul untuk menaikkan nama Malaysia sebagai salah sebuah negara yang ada produk automotif yang terbaik.

Berdasarkan perkongsian dua beradik tersebut kepada rakan media kami Paultan, antara cabaran utama projek ini adalah mencari kereta yang dihajatkan, iaitu Proton Wira.

Menurut Jochem, Proton Wira sebenarnya pernah memasuki pasaran Jerman lewat tahun 1990-an dalam unit yang kecil, dan nasib menyebelahi apabila mereka berjaya menemukan sebuah unit pada tahun lalu.

 


Namun, enjin asal 4G13 1.3 liter tersebut didapati rosak, dan projek menukarkan enjin buat kali kedua juga menemui kegagalan.

Jalan terakhir, dua beradik tersebut mendapatkan sebuah lagi Wira - kali ini model Aeroback - dan mujur ia didatangkan dengan nadi 4G15 1.5 liter yang berfungsi dengan cemerlang.

Menurut Jochem, kedua-dua unit Wira tersebut sebenarnya diperoleh daripada pemilik pertama di negara Jerman.

Jika anda perasan, Wira Aeroback ini dilayangkan dengan warna tipikal teksi merah dan putih, serta kelihatan logo teksi dengan tulisan 'DDM Dutch Mechanics Sdn Bhd' serta 'Teksi Ampang' di bahagian pintu hadapan.

 


Hasrat mereka adalah untuk menjadikan Wira ini sebagai sebuah teksi yang 'benar-benar berfungsi' dan bakal dilengkapkan dengan meter teksi, penanda bumbung, dan pencetak resit di mana kesemua komponen asal teksi ini diperoleh daripada salah seorang peminat di Pulau Pinang!

Teksi Wira Nurburgring ini dijangka akan masuk semula ke Litar Nurburgring pada akhir Ogos atau awal September serta 'mengenakan tambang' sepanjang perjalanan mengelilingi litar sejauh 20 km itu.

Projek dua beradik DDM ini boleh diikuti menerusi laman Youtube dan juga Instagram.

 

Sumber: Paultan, YouTube, Instagram

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan dijalankan mendapati kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu berlaku ketika anggota…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, berkata siasatan awal mendapati…
Berita Domestik
"Semasa tangkapan dibuat, pemandu Proton Wira itu tidak mengalami kecederaan selepas terlibat…