Project Neptune - Aston Martin bikin kapal selam mewah!

oleh Mohamad Hanif|
Adakah James Bond kini mempunyai kenderaan baharu untuk misi di bawah air selepas Lotus Esprit S1?

Kerjasama Aston Martin bersama Triton, syarikat terkemuka di dalam penghasilan kapal selam mewah kini mengumumkan Project Neptune kini sudah lengkap fasa rekaannya. 

Project Neptune yang diumumkan pada September 2017 ini dijangka bakal dipertontonkan kepada umum pada hujung tahun ini. 

 


Neptune mampu memuatkan tiga orang dewasa yang kaya pada satu-satu masa termasuklah seorang kapten yang akan mengemudi kereta (kapal?) selam tersebut. 

Selain mengetengahkan ciri-ciri mewah yang menjadi identiti sebuah rekaan Aston Martin yang ekslusif seperti penggunaan kulit dan bahan gentian karbon, Neptune turut menawarkan ciri pandangan seluas hampir 360o melalui cermin kaca panoramik.

Dari segi prestasi, Neptune mampu menyelam sedalam 500 meter di bawah permukaan air dan mempunyai kuasa memecut selaju 5 knot (9.26 km/j). 

 


Terdapat tiga spesifikasi rekaan dengan beberapa pilihan trim dan warna, setiap rekaan itu melambangkan ciri-ciri sporty, mewah serta unsur-unsur maritim yang cuba dibawakan oleh Neptune. 

Pelanggan juga boleh mendapatkan nasihat serta bimbingan sekiranya memerlukan spesifikasi tersendiri menerusi khidmat daripada organisasi Q oleh Aston Martin.

Sumber: Aston Martin melalui Jalopnik

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Penerbitan itu dilakukan sebelum tawaran awam permulaan (IPO) pada Oktober 2018 dan ia menunjukan…
Berita Global
Sebelum ini Aston Martin diberitakan sedang membina 25 unit terhad model vintaj kegunaan ejen James…
Berita Global
Tuan asal kereta ini bukan calang-calang individu, ia dimiliki oleh Wensley Hayden-Baillie,…