Project Moderna - jelmaan moden Ferrari 250 GTO!

oleh Mohamad Hanif|
GTO Engineering, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan Project Moderna baru-baru ini mengesahkan pembangunan model klasik itu kini sedang berjalan lancar dan mendapat maklum balas yang cukup positif.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebagai makluman, Project Moderna merupakan sebuah pendekatan moden yang diambil oleh GTO Engineering terhadap model klasik lagenda Ferrari 250 GTO yang dihasilkan antara tahun 1962 sehingga 1964.

 


Menurut pengasas GTO Engineering Mark Lyon, "setelah mendapat maklum balas yang memberangsangkan daripada pemilik prospek dan peminat, kami kini menjadikannya satu realiti dan proses pembangunannya akan didokumentasikan secara terbuka.

"Pada kami, aspek enjin dan esterik merupakan dua perkara utama yang amat ditekankan, khususnya untuk model jelmaan semula Ferrari 250 GTO ini.

 


Difahamkan, Project Moderna ini bakal mendapat enjin bentangan V12 aspirasi natural yang sedang dalam fasa terakhir pembangunan, dan dipadankan dengan casis tubular tradisional, subrangka aluminium berkekuatan tinggi, dan transmisi manual.

Secara keseluruhannya, Project Moderna bakal mempunyai berat sekitar 1,000 kg sahaja!

 


Pada ketika ini, GTO Engineering sedang membangunkan panel luaran Project Moderna sebelum beralih kepada fasa permodelan.

Tempahan juga kini sudah dibuka bagi mereka yang berminat, manakala harga yang perlu dilaburkan tidak didedahkan secara rasmi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sepanjang tempoh produksi dari tahun 1987 hingga 1992, sebanyak 1,315 unit Ferrari F40 telah…
Berita Global
Selain menjadi jurutera disebalik dua model ikonik tersebut, Giotto Bizzarrini juga berjaya…
Informasi
Namun, tidak ramai yang tahu fakta dan rahsia di sebalik salah seorang daripada pereka terhebat,…