Project Gold raih RM13 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Sekiranya ada para pembaca yang masih ingat, kami pernah menyiarkan projek one-off Porsche 993 Turbo yang dibina semula oleh Porsche di bawah nama Project Gold dan menggunakan warna yang cukup menarik iaitu Golden Yellow Metallic.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Project Gold tersebut telah dihantar untuk dibida di acara Porsche 70th Anniversary Auction 2018 dan menerima 37 buah bidaan dalam masa hanya 10  minit sahaja dengan nilai bidaan tertinggi pula dicatatkan pada angka €2,743,500 (RM13 juta!).

Seperti mana yang disebut sebelum ini, Porsche tidak akan menggunakan wang tersebut untuk makan besar, sebaliknya mereka mendermakan hampir kesemua keuntungan yang diperoleh kepada badan bukan berasaskan keuntungan, Ferry Porsche Foundation.
 


Project Gold mengambil masa kira-kira 18 bulan untuk disiapkan dengan menggunakan alat ganti tulen baharu daripada Porsche Classic.

Ia menghasilkan output sehingga 445 bhp daripada enjin 3.6 liter flat-six turbo berkembar, sebelum disalurkan kepada pacuan semua roda menerusi transmisi manual. 

Seperkara lagi, model ini sebenarnya tidak sah untuk digunakan di atas jalan raya Eropah atas undang-undang pelepasan emisi yang ketat.