PROGRAM MYFIT MEDAN LAHIRKAN JUARA CUBPRIX BARU

oleh Hamimah Hamid|
KEJAYAAN pelumba negara seperti Khairul Idham Pawi, Hafizh Syahrin Abdullah, Adam Norrodin dan Zulfahmi Khairuddin di pentas antarabangsa secara tidak langsung menghangatkan lagi pencarian bakat baharu sukan permotoran.

Bagi melahirkan lebih ramai pelumba berbakat dalam sukan permotoran, Program Myfit @ Motorsports Klass Cub Prix KBS 2022 Peringkat Negeri Perak di adakan di  Mydin Meru Raya, Ipoh, Sabtu lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri Perak itu menyaksikan penyertaan kira-kira 40 peserta berumur antara 13 hingga 20 tahun.

Menurut ketua jurulatih, Wazi Abdul Hamid program sehari itu memperkenalkan bakal-bakal pelumba dengan penyediaan dalam perlumbaan, aspek kesihatan fizikal dan mental serta mengenal mesin perlumbaan.

wazi abd hamid

Wazi yang juga egenda lumba motosikal negara berkata, Program Myfi memainkan peranan penting dalam melahirkan pelumba-pelumba tempatan berbakat khususnya di peringkat remaja.

“Remaja yang berminat dan berbakat seharusnya tidak melepaskan peluang untuk mencuba sukan ini. Sukan permotoran sebenarnya tidak merbahayakan, sebaliknya ia melatih disiplin, perlu memberi sepenuh tumpuan untuk mengasah dan mempamerkan bakat mereka dalam perlumbaan yang begitu kompetitif ini.

“Dengan adanya kelas-kelas bimbingan ini, kami dapat mengesan dan menilai pelumba-pelumba yang berpotensi untuk mewakili negara pada masa depan bagi menggantikan pelumba-pelumba senior pada hari ini,” katanya kepada Careta.

Sementara itu bakal pelumba, Mohd Amir Asyraf Mohd Azwan, 17 tahun berkata, dia menyertai program tersebut kerana sangat meminati dunia permotoran.

mohd amir asyraf

 

Katanya, sejak dia mula menjinakkan diri dalam dunia permotoran sejak berusia 10 tahun lagi.

“Saya memang minat motosikal dan mendapat sokongan penuh dari ayah dan emak. Mereka sudah dedahkan saya dengan pocket bike sejak dari kecik lagi.

“Sekarang sasasan saya ialah menjadi bakal pelapis pelumba-pelumba hebat negara,” katanya.

Bagi Salsabila Aisyah Yusnizal, 15 tahun, dia yang merupakan salah seorang dari dua peserta wanita pada program tersebut pula berasa teruja kerana dapat menunjukkan bakat menunggang motosikal dalam kalangan peserta lelaki.

adik salsabila aisyah yusnizal merupakan puteri seorang pelumba lagenda

Atlet lumba lari yang meminati sukan lasak dan permotoran ini sangat berazam untuk memecah rekod dan menjadi salah seorang pelumba motosikal tersohor negara.

“Saya memang minat sukan lasak dan sukan permotoeran ini memang kena dengan jiwa saya. 

“Dengan galakan dari ayah yang juga merupakan seorang pelumba membuat saya lagi bersemangat untuk menyertai sukan ini,” katanya