Program Loyal-T tawar lebih nilai dan ganjaran buat pemilik kereta Toyota

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota melancarkan Program Loyal-T Toyota yang menjanjikan lebih banyak nilai dan ganjaran, serta keselesaan tambahan yang boleh dinikmati oleh semua pelanggan Toyota bagi menggantikan program Toyota Merit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi program ini, semua pelanggan Toyota akan memperolehi mata ganjaran ketika membuat perkara berikut di semua cawangan rasmi Toyora di seluruh negara seperti:

  • pembelian kenderaan
  • servis kereta
  • pembelian alat ganti
  • pembaharuan insurans
  • baik pulih cat dan badan

Mata ganjaran yang terkumpul ini boleh ditukarkan kepada baucar e-servis yang boleh ditebus dan digunakan pada jadual servis akan datang.

Untuk mendaftar, pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih Toyota Drive dari Google Play Store atau Apple App Store dan membuat pendaftaran perincian mereka di dalam aplikasi tersebut.

Usah risau kerana semua maklumat yang diberikan adalah dijamin selamat di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 (PDPA).

Pelanggan Toyota digalakkan untuk memanfaatkan Program Loyal-T Toyota ini melalui semua ganjaran yang ditawarkan dalam usaha UMW Toyota Motor untuk terus memberi keutamaan kepada kepuasan pelanggan dan menghargai mereka, memberi lebih banyak nilai terhadap pengalaman pemilikan Toyota.

Berita Berkenaan

Informasi
Untuk makluman, Toyota juga turut mempunyai program Loyal-T yang menjanjikan pelbagai manfaat dan…