Program latihan Industri 4.0 MARii capai matlamat lahir ramai tenaga mahir tempatan

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Institut Automotif, Robotik dan IoT (MARii) semakin aktif mendorong pemain di dalam bidang automotif dalam memperkasakan Industri 4.0.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Program Revolusi Industri keempat (Industri 4.0) yang dianjurkan oleh MARii bermula dari tahun 2016 merangkumi sembilan tunjang utama dalam mengadaptasikan Industri 4.0 ke dalam sektor automotif. 

Manakala Program Latihan Industri 4.0 dimulakan pada tahun 2018 dan kesan daripada program berkenaan ternyata mampu melahirkan tenaga pakar yang diperlukan untuk menghadapi zaman teknologi baharu, sekaligus memperkasakan industri automotif tempatan. 

Program ini tidak direka untuk memfokuskan kepada syarikat multi-nasional, malah MARii turut mensasarkan kepada perusahaan kecil sederhana (SME) untuk mencapai target ke arah global. 

Berikut merupakan antara program yang dianjurkan oleh MARii:

Latihan Pembuatan Aditif (Additive Manufacturing Training)


Program ini memberikan latihan yang sewajarnya menggunakan asas kepada permodelan 3D dan optimasi topologi.

Ia disasarkan kepada jurutera tempatan serta pereka di dalam industri automotif di mana para pelatih akan diberikan pendedahan kepada Computer Aided Product and Process Design, dan Generative Design Explorer.

Terdapat dua tahap diberikan, iaitu Fundamental dan Intermediate.

Program yang dijalankan pada sesi 2018 yang dijalankan telah berjaya melatih 163 peserta, melangkaui sasaran awal sebanyak 150 orang.
 

Bengkel Augmented Reality (Augmented Reality Workshop)


Menggunakan teknologi AR, ia memberikan persediaan kepada bakat muda untuk memperkembangkan tahap visualisasi pada peringkat rekaan.

Penggunaan AR ini mampu menjimatkan masa rekaan, selain mengurangkan kos di dalam pembangunan produk serta proses yang berkaitan

Program ini terdiri daripada dua modul utama iaitu

  • Blender - Fundamentals of 3D modelling
  • Blender - Modelling a Bugatti Chiron
  • Unity3D - Fundamentals of Application Development
  • Unity3D - Creating an AR Car Configurator Application

Sehingga Disember 2018, seramai 950 orang peserta telah berjaya menamatkan latihan di bawah modul ini.
 

Program adaptasi teknologi sejak 2014


Sejak daripada tahun 2014 lagi, MARii telah bertungkus lumus membangunkan program adaptasi teknologi dalam usaha untuk memenuhi keperluan industri, daripada fasa rekaan produk sehinggalah kepada sektor selepas jualan.

Antara program yang dijalankan termasuklah:

  • Design Engineering & Prototyping (DEP)
  • Manufacturing Execution System (MES)
  • Computer Aided Engineering (CAE)
  • Automotive i-Cloud Computing 
  • MARii Automotive Garage Information System (MAGIS)

Kesemua program ini telah terbukti melahirkan lebih daripada 2,400 pakar teknikal di dalam 2,200 buah syarikat dibawah sektor automotif, khususnya di dalam sektor reka bentuk dan proses produk, validasi reka bentuk serta penambahbaikan inventori bengkel. 

Peruntukan sebanyak RM56 juta telah dibelanjakan sepanjang tahun 2014 sehingga 2018 dalam membangunkan tenaga pekerja mahur dan perniagaan menerusi program Industri 4.0 MARii.
 


Menariknya, untuk tahun 2019, MARii akan berusaha untuk menambah bajet pelaburan serta memperkenalkan program adaptasi teknologi khusus untuk pengamal media. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web www.marii.my atau menerusi laman rasmi media sosial MARii @MARiiMalaysia di Facebook, Twitter, LinkedIn, YouTube dan Instagram.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah itu, 2,000 permohonan telah diluluskan, sekali gus melayakkan pemohon menerima…
Berita Domestik
Dalam perjanjian tersebut adalah termasuk penerokaan penggunaan penyelesaian blockchain untuk…
Berita Domestik
Skim galakan tersebut pertama kali diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 bagi menggalakkan…