Program langganan Nissan Switch bolehkan anda tukar LEAF kepada Nissan GT-R!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk menarik perhatian umum, Nissan Amerika Syarikat dilaporkan mahu memulakan sebuah model perkhidmatan langganan yang digelar sebagai Nissan Switch dengan Greater Houston dipilih sebagai lokasi perintis.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Program langganan dinamik ini menawarkan akses kepada pelbagai pilihan model Nissan yang ada di pasaran Amerika Syarikat, termasuklah trak pikap Titan, Nissan LEAF dan juga jentera Nissan GT-R!

Menurut eksekutif Nissan, Andrew Tavi berkata, "Nissan Switch merupakan salah satu cara untuk menguji alternatif pemilikan kenderaan tanpa perlu komitmen kewangan jangka panjang, khusus untuk pelanggan kami.
 


Ideanya, pengguna boleh bertukar apa jua jenis kenderaan bergantung kepada keadaan dengan mudah dan fleksibel. 

Terdapat tiga peringkat yang disediakan di dalam program langganan Nissan Switch seperti:

Select 
Harga: $699 sebulan (RM2,909)
Model: Altima, Rogue, Pathfinder, Frontier

Premium
Harga: $899 sebulan (RM3,742)
Tambahan Model: LEAF Plus, Maxima, Murano, Armada, TITAN, 370Z

Select & Premium
Harga: $899 sebulan (RM3,742) dengan tambahan $100 (RM416) sehari
Tambahan Model: Nissan GT-R
Syarat tambahan: penggunaan selama tujuh hari berturut-turut maksimum
 


Tipikal sebuah program langganan kenderaan, anda boleh bertukar-tukar pakej langganan yang disediakan tanpa had, dan harga yang disebutkan di atas turut merangkumi kos penukaran kenderaan, kos penghantaran, khidmat pembersihan, bantuan tepi jalan serta penyelenggaraan berkala. 

Untuk mendaftar, anda hanya perlu membayar yuran pengaktifan keahlian sebanyak $495 (RM2,060) sahaja dan mulakan pengiraan bulanan anda untuk memilih mana-mana kenderaan yang disukai. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penambahan model EV baharu dan pelan langganan itu bakal memudahkan dan menjadikannya lebih mampu…
Berita Domestik
  Dengan tawaran terbaru itu, Flux menjadi syarikat pertama di Malaysia yang menyediakan kedai…
Berita Domestik
Bagi pembaca yang pertama kali mendengar tentang Flux, ianya merupakan sebuah syarikat yang…