Program langganan Kinto One Toyota kini menawarkan lebih pilihan

oleh Mohamad Hanif|
Program langganan kenderaan yang diperkenalkan oleh UMW Toyota Motor dengan kerjasama Toyota Capital Malaysia Sdn Bhd awal tahun lalu, Kinto One kini telah ditambah baik dengan penawaran lebih banyak pilihan kepada para pelanggan di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Presiden Toyota Capital Malaysia, Thomas Chai berkata, "Kami mendengar apa yang diperlukan oleh pasaran dan telah mengenal pasti beberapa penambahan ciri KINTO ONE terbaru bagi memenuhi pasaran langganan kereta yang semakin berkembang.

Dengan ciri tambahan terbaru KINTO ONE, pelanggan kini boleh memilih pakej perbatuan tahunan yang berbeza, bermula dari 20,000 km hingga 30,000 km, serta memilih tempoh langganan yang lebih panjang sehingga lima tahun.
 

KINTO ONE


KINTO ONE turut menawarkan Lite Package bagi pelanggan yang masih mahukan program pemilikan kenderaan yang lebih mudah dan ringkas, namun disesuaikan untuk mereka yang kurang melakukan perjalanan.

Selain daripada itu, terdapat juga program KINTO ONE Business yang menawarkan penyelesaian kepada syarikat-syarikat yang tidak mahu terlalu terbeban dengan aset serta urusan pentadbirannya.

Maklumat lanjut berkenaan program langganan KINTO ONE (termasuk KINTO ONE Business) boleh didapati menerusi laman web www.kinto-my.com.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penambahan model EV baharu dan pelan langganan itu bakal memudahkan dan menjadikannya lebih mampu…
Berita Domestik
  Dengan tawaran terbaru itu, Flux menjadi syarikat pertama di Malaysia yang menyediakan kedai…
Berita Domestik
Bagi pembaca yang pertama kali mendengar tentang Flux, ianya merupakan sebuah syarikat yang…