Program kereta pra milik Volvo SELEKT kini di Pulau Pinang

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia memperluaskan penawaran program kenderaan pra-milik Volvo SELEKT di Pulau Pinang menerusi wakil jualan sah Western Circle (PG) Sdn Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai makluman, Volvo SELEKT telah dilancarkan pada tahun 2020 dengan menawarkan pelbagai jenis kereta Volvo pra-milik yang berkualiti kepada pelanggan.
 

Car


Pada mulanya, ia ditawarkan secara eksklusif di Sisma Auto Glenmarie sebelum diperluaskan kepada Western Circle, pengedar kedua yang dibenarkan untuk menempatkan kereta SELEKT yang terletak di Juru.

Untuk memudahkan urusan terutama ketika pandemik, para pelanggan boleh mencari dan membeli kereta Volvo SELEKT atau kereta terpakai berkualiti Volvo menerusi platform dalam talian Volvo Used Car Locator yang mempamerkan inventori semua kereta yang terdapat di 14 pengedar di seluruh Malaysia, serta menerusi platform kenderaan terpakai Carlist.my.
 

SELEKT


Semua kereta Volvo SELEKT telah menjalani pemeriksaan bagi memastikan semua kenderaan memenuhi piawaian keselamatan, prestasi dan juga penampilan yang hanya dilakukan oleh pengedar Volvo Car yang sah.

Setiap kenderaan Volvo SELEKT didatangkan dengan jaminan 12 bulan, serta pakej penyelenggaraan satu tahun sebagai permulaan.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi Volvo Car Malaysia Used Car Locator di https://selekt.volvocars.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program pra-pemilikan SELEKT yang baru dilancarkan itu membolehkan pelanggan untuk membeli model…
Berita Domestik
Volvo SELEKT menjanjikan pengalaman premium untuk pelanggan di mana setiap kereta di bawah program…