Program Karakuri MARii-Perodua mampu tingkatkan tahap persaingan di peringkat global

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Bangunan Korporat Perodua, berlangsung acara graduasi seramai 30 orang graduan daripada 15 buah syarikat yang mengikuti Program Karakuri MARii yang dianjurkan bersama Perodua.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Menurut CEO MARii, Dato' Madani Sahari berkata, "program kolaborasi antara MARii dan Perodua ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keberkesanan sesebuah ekosistem di dalam industri.

Jelas beliau lagi, Karakuri secara asasnya mampu meningkatkan tahap produktiviti menerusi penambahan sistem automasi yang ringkas tanpa memerlukan kuasa elektrik, selain menjimatkan kos pelaburan dan menambah kecekapan di dalam barisan produksi.


Karakuri merupakan komponen di dalam Lean Production System (LPS) dan menitikberatkan kepentingan Kaizen - penambahbaikan yang berterusan. 

Prinsip di sebalik Karakuri adalah memfokuskan kepada solusi automasi proses yang mudah yang hanya bergantung kepada tenaga asas, selain mengoptimumkan penggunaan tenaga dan kecekapan, mengurangkan beban dan tugas yang tidak diperlukan selain mempromosikan tempat kerja yang selamat.

 

 

Setiap peserta akan dinilai menerusi kriteria yang telah ditetapkan seperti pemahaman terhadap konsep Karakuri, tahap inovasi dan kreativiti yang ditunjukkan, serta impak penyelesaian terhadap keseluruhan proses. 

Dalam masa yang sama, MARii dan Perodua mengambil kesempatan menyampaikan mesej ucapan Tahun Baharu kepada komuniti vendor automotif. 

 

 

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato' Zainal Abidin berkata, Perodua memasuki tahun 2019 dengan harapan dan percaya bahawa industri automotif tempatan akan menunjukkan potensi yang sebenar. 

"Dengan kolaborasi antara Perodua dan MARii di dalam program penambahbaikan pembangunan vendor ini kami percaya industri automotif Malaysia sebenarnya berpotensi untuk berkembang ke peringkat yang lebih global," ujar beliau lagi. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagi kategori pengeluar pula, Modenas memenangi anugerah Exceptional Motorcycle Manufacturer 2021-…
Berita Domestik
Acara anjuran MARii ini akan berlangsung di tapak pameran MAEPS di Serdang. Di bawah ialah antara…
Berita Domestik
Daripada jumlah itu, 2,000 permohonan telah diluluskan, sekali gus melayakkan pemohon menerima…