Program Driving Skills for Life Ford di Sabah bulan hadapan!

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa buat julung kalinya program global Driving Skills for Life (DSFL) Ford akan berkunjung ke Sabah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program DSFL yang dianjurkan secara percuma ini bertujuan untuk mendidik pemandu tentang kemahiran yang diperlukan dalam amalan pemanduan berhemah, melangkaui program pembelajaran pemanduan standard.  
 


Dijalankan melalui latihan amali dan bengkel praktikal bersama jurulatih pemanduan, bengkel separuh hari di dalam dua bahagian ini merangkumi kursus teori yang diadakan di bilik pameran Ford Kota Kinabalu manakala kursus praktikal pemanduan pula akan dijalankan di Stadium Likas.

Terbuka kepada semua pemandu Malaysia yang memiliki lesen memandu yang sah, setiap sesi separuh hari ini mempunyai had kapasiti seramai 30 peserta yang akan dilatih cara pemanduan trak pikap yang selamat menggunakan model-model berdasarkan Ford Ranger.
 


Mereka yang berminat untuk turut serta digalakkan hadir ke bilik pameran Ford Kota Kinabalu bagi mengesahkan penyertaan kerana tempat adalah terhad. Mereka juga boleh menghubungi nombor telefon 088-425 355 untuk maklumat lanjut. 

Berikut adalah waktu sesi-sesi yang ditawarkan:

16 November 2019 (Sabtu)

17 November 2019 (Ahad)

Sesi pagi: 8.30am – 1.00pm (30 orang)

Sesi pagi: 8.30am – 1.00pm (30 orang)

Sesi petang: 1.00pm – 6.00pm (30 orang)

Sesi petang: 1.00pm – 6.00pm (30 orang)

 

Untuk maklumat lanjut mengenai program Ford DSFL di Malaysia, layari: www.sdacford.com.my/news/promote-safe-driving