Program Adiwira Topi Keledar Fasa 2 - 50000 topi keledar kanak-kanak akan diedarkan

oleh SALINA JALIL|
Berikutan kejayaan Fasa Pertama, MyPerintis dan Kurnia Insurans (Kurnia) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, kini Program Adiwira Topi Keledar Kanak-Kanak Fasa Kedua pula telah dilancarkan untuk menjangkau ke lebih banyak sekolah dan pelajar di seluruh negara.


Pada bulan Mac 2019, dengan kolaborasi bersama MyPerintis, Kurnia dan Kementerian Pendidikan, sebanyak 1500 topi keledar kanak-kanak telah diedarkan ke 30 sekolah rendah di Lembah Klang, Johor Baharu dan Kota Bharu.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

MyPerintis ingin meluaskan lagi program ini sehingga ke 50,000 topi keledar kanak-kanak di Fasa Kedua ini di mana ia akan melibatkan 200 buah sekolah rendah di seluruh Malaysia. 
 

 

Kurnia mengambil initiatif  melalui  tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka dengan menaja 25,000 topi keledar kanak-kanak untuk memenuhi 100 buah sekolah seluruh Malaysia.

 

Ketua Pengarah Eksekutif Kurnia, Derek Roberts dalam ucapan beliau telah berkata, "Kami perlu mengambil langkah  terlebih dahulu  dan berharap langkah kecil ini akan membawa perbezaan. Kami juga komited untuk merelisasikan visi "One Child.One Helmet.One Life." untuk melindungi kanak-kanak dan kami menyeru supaya lebih ramai tampil ke hadapan dan membantu.

 

Melalui kaji selidik yang telah diadakan, cuma 15 peratus sahaja pembonceng motosikal yang menggunakan topi keledar untuk pergi dan pulang dari sekolah. Kebiasaannya golongan pelajar ini tidak menggunakan topi keledar atau menggunakan topi keledar mainan atau menggunakan topi keledar dewasa yang tidak bersesuaian untuk kanak-kanak.
 

 

Derek turut berkata,"Perubahan perlu diambil bermula dari sekarang. Rakyat Malaysia perlu membantu dan menyokong MyPerintis kerana ia menyelamatkan nyawa kanak-kanak.

 

Program Adiwira Topi Keledar ini mengharapkan sumbangan anda untuk menaja topi keledar kanak-kanak. Sumbangan boleh dibuat di www.adiwirahelmetsforjoy.com  dengan hanya RM50 sahaja untuk menaja topi keledar seorang kanak-kanak dan lebih banyak ditaja, lebih banyak nyawa dapat di selamatkan. 

Berita Berkenaan

Informasi
Hantaran tersebut turut berkongsikan tiga keping gambar memaparkan pengurniaan MPV Toyota Vellfire…
Berita Domestik
Selain itu, turut menerima kurniaan kereta daripada Seri Paduka Baginda ialah bekas Datuk Pengelola…