Produser Hollywood berminat filemkan kisah Ghosn

oleh Mohamad Hanif|
Daripada seorang yang dianggap sebagai hero dan selebriti korporat kerana berjaya menyelamatkan Nissan daripada hampir bankrap, kini nama Carlos Ghosn meniti semula di dada media kerana salah laku kewangan yang dihadapinya di Jepun.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Malah, kisah menjadi semakin menarik apabila Ghosn berjaya melepaskan diri dari tahanan di Jepun dan mengambil pesawat peribadi untuk berlindung di negara sendiri, Lubnan. 

Menurut jurucakap bagi pihak Carlos Ghosn, bekas pengerusi Nissan tersebut kini bekerja dengan Michael Ovits, pengasas Creative Artists Agency dan bekas presiden Walt Disney untuk meneroka projek filem dan televisyen. 

Ovitz walaubagaimanapun tidak memberikan respon serta merta ketika ditanya. 

Ghosn kini menghadapi empat pertuduhan jenayah di Jepun, dimana sabit kesalahan mampu membuatkan beliau merengkok di dalam penjara lebih daripada sedekad. 

Setelah berjaya melarikan diri ke Lubnan menggunakan jet peribadi, Ghosn dalam satu kenyataan menafikan kesemua pertuduhan, dan menganggapnya sebagai salah satu konspirasi yang disusun oleh eksekutif Nissan dan kerajaan Jepun bagi menghalang gabungan Nissan dengan syarikat Renault.

Sebelum timbul berita mahu mengabadikan kisah beliau ke dalam sebuah filem, cerita Ghosn sebenarnya pernah dibukukan dalam sebuah komik yang menceritakan stail pengurusannya ketika berjaya menaikkan kembali nama Nissan. 

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Namun begitu, ia tidak menghalang pelakon utama yang juga produser filem, Vin Diesel untuk…
Berita Global
Mungkin ramai yang sudah perasan berdasarkan beberapa siri trailer filem yang telah diterbitkan…
Gaya Hidup
Salah satu daripada watak yang dimaksudkan ialah Luke Hobbs yang dilakonkan oleh Dwayne The Rock…