Produksi Taycan kini cecah 100,000 unit!

oleh Mohamad Hanif|
Sedan elektrik Porsche Taycan mula diproduksikan pada September 2019 dan ia menandakan Porsche kini bersedia untuk menjadi pengeluar automotif yang lebih hijau.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Sudah lebih tiga tahun, kini sebanyak 100,000 unit Porsche Taycan telah berjaya disempurnakan pemasangannya, di mana unit yang ke-100,000 itu merupakan Taycan Turbo S berwarna Neptune Blue yang dihasilkan untuk pelanggan dari UK.

Untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, jumlah pengedaran bagi model elektrik tersebut menurun 12 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, di mana sebanyak 25,073 unit telah dihantar kepada pemilik masing-masing.

Menurut Porsche, penurunan kadar tersebut adalah disebabkan oleh masalah kekangan bekalan komponen automotif yang masih lagi belum reda.

Namun, hal ini tidak menyebabkan pengurangan dari segi jumlah tempahan, dimana Porsche mengumumkan permintaan terhadap dua sedan dan wagon itu masih lagi kekal tinggi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Angka tersebut dilihat jauh lebih tinggi berbanding 190,000 unit yang disasarkan pada tahun 2024.…
Berita Global
Ini kerana sepanjang tahun 2022, Lotus telah merekodkan kerugian berjumlah £145 juta (RM852.26 juta…
Berita Global
Memetik laporan Bernama, kenderaan NEV yang ke-20 juta itu merupakan kereta Hyper GT yang…