Produksi Taycan bakal bebas penghasilan karbon 100% - Porsche

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Teknologi penapisan udara bukanlah suatu ciri baharu di dalam kereta anda, memandangkan beberapa pengeluar automotif sudah pun menyertakan ciri ini bagi memastikan kesihatan para pelanggan mereka lebih terjamin.

Ini kerana emisi nitrogen oksida daripada kenderaan sebenarnya mampu mengakibatkan masalah pernafasan kepada manusia. 

Namun, bagaimana sekiranya mereka (pengeluar automotif) mahukan udara yang lebih bersih pada skala yang lebih besar?

Jawapannya ada pada kilang pemasangan Porsche Taycan. 
 


Apa yang diperlukan hanyalah pemasangan panel aluminium dengan balutan titanium oksida pada bahagian dinding luar fasiliti produksi Taycan. 

Dengan bantuan daripada cahaya matahari, gas nitrogen oksida yang terkena pada panel akan menjalani proses kimia yang menghasilkan air dan nitrat. 

Porsche telah menguji panel dengan keluasan 120 meter persegi dan mereka mendapati ia memberikan kesan alam sekitar yang lebih bersih seakan menanam 10 buah pokok. 

Menurut Porsche lagi, sekiranya sistem ini diimplementasikan pada fasiliti pemasangan Taycan, produksi Taycan bakal menjadi satu proses yang bebas penghasilan karbon secara keseluruhannya - Autoblog.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…