Produksi sedan V8 Chrysler 300 berakhir, sempat bertahan dua generasi

oleh Mohamad Hanif|
Stellantis baru-baru ini telah menamatkan pengeluaran sedan berprestasi tinggi Chrysler 300C di kilang Brampton, Kanada sekaligus meletakkan titik noktah untuk plet nama yang wujud sejak 1950-an itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sejarah Chrysler 300 bermula sejak dari tahun 1955 lagi, sebelum ia disertai oleh varian berprestasi tinggi 300C pada tahun 1957, lengkap dengan enjin V8 6.4 liter berkuasa 375 hp.
 

300C


Plet nama 300C kemudian membuat kemunculan semula pada tahun 2005 serentak dengan kelahiran sedan yang menggunakan nama Chryler 300.

Walaupun sempat bertahan dalam dua generasi, Chrysler 300C secara konsisten dibekalkan dengan nadi Hemi bentangan V8 sepanjang tempoh produksi.
 

300C


Unit terakhir 300C yang keluar dari barisan produksi itu membawakan kemasan Velvet Red, dan dikuasakan oleh nadi V8 6.4 liter yang mampu menjana kuasa setinggi 485 hp dan 644 Nm.

Pengeluaran model Chrysler 300C sebenarnya telah pun diumumkan sendiri oleh Stellantis pada tahun 2022 disebabkan oleh prestasi jualan yang semakin merudum, dan perancangan untuk memfokuskan kepada kenderaan elektrik.
 

hemi


Besar kemungkinan sedan Chrysler 300 akan digantikan dengan sedan elektrik yang akan diumumkan kelak.

Bukan itu sahaja, kilang pengeluaran di Brampton itu akan dinaiktaraf pada tahun hadapan sebagai persediaan untuk mengeluarkan barisan kenderaan elektrik pada masa hadapan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Global
Untuk itu, divisyen R3 Motorsports yang kini berada dibawah naungan Proton Global Services (PGS)…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…