Setelah sekian lama, Mitsubishi akhirnya mengumumkan penamatan produksi bagi hatchback segmen B beserta kembar sedannya Mirage G4 (atau Attrage) di pasaran Jepun.

Dalam satu mesej yang disiarkan, Mitsubishi menjelaskan, "Disebabkan produksi Mirage sudah berakhir, kami tidak dapat untuk memenuhi permintaan pelanggan buat masa ini.
Di sesetengah pasaran (terutama di Asia), Mitsubishi Mirage kekal menjadi model popular biarpun menerima saingan sengit daripada pihak lawan yang rata-ratanya lebih moden.
Sementara itu, wakil jurucakap Mitsubishi memberitahu laman web Autoblog model Mirage akan kekal menjadi salah satu daripada model terpenting Mitsubishi untuk pasaran Amerika Syarikat buat masa ini.

Tidak dapat dipastikan sama ada Mirage akan terus digantikan dengan model baharu, memandangkan unit ujian Mirage baharu masih lagi belum muncul di mana-mana bahagian dalam dunia.
Mitsubishi sebelum ini dilapor akan menghidupkan semula nama Colt dengan menggunakan model Renault Clio sebagai batu asas.
Disebabkan saiz Clio yang jauh lebih panjang dan lebar berbanding Mirage, ia berkemungkinan besar tidak akan menjadi pengganti terus kepada model Mirage.

Sumber: Autoblog