Produksi Ineos Grenadier ditangguh ke pertengahan 2022

oleh Mohamad Hanif|
Demi memastikan SUV off-road yang diinspirasikan daripada Land Rover Defender itu benar-benar berkualiti, Ineos Automotive mengumumkan mereka akan menangguhkan produksi sehingga pertengahan tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut CEO Ineos Automotive, Dirk Heilmann menjelaskan, "kami hanya mempunyai satu peluang sahaja untuk ini, di mana sasaran kualiti serta prestasi kekal menjadi keutamaan.

"Kami tidak akan mengambil jalan mudah. Setelah mendapat keputusan positif, kami yakin berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran dan membenarkan produksi bermula seawal Julai tahun hadapan," tambah beliau lagi.

 


Ineos yang dimiliki oleh jutawan Jim Ratcliffe kini sedang menggandakan pembangunkan Grenadier, di mana 130 unit kenderaan prototaip fasa kedua akan mula diuji di kawasan ekstrem seluruh dunia merangkumi jarak sejauh 1.8 juta kilometer.

Awal tahun ini, Ineos berjaya melengkapkan ujian kalibrasi enjin di bawah kondisi sejuk Sweden, dan fasa berikutnya bakal menyaksikan Grenadier menjalani ujian cuaca panas bertempat di Death Valley, Amerika Syarikat dan padang pasir Timur Tengah.

 


Sebagai makluman, Ineos Grenadier dibangunkan atas casis ladder-frame yang dibangunkan menggunakan kepakaran Magna Steyr.

Ia bakal menggunakan enjin enam silinder sebaris BMW (petrol dan diesel) yang digandingkan dengan transmisi automatik dan sistem pacuan empat roda standard.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Setelah kemunculan model Ineos Grenadier dalam bentuk badan wagon SUV dan trak pikap, Ineos…
Berita Global
Kini, syarikat itu mengorak langkah baharu dengan memulakan fasa produksi bagi SUV 'pengganti…
Berita Global
Model Grenadier boleh didapati dalam versi Utility Wagon dengan dua tempat duduk, atau versi lima…