Produksi GR Corolla 8,600 unit untuk tahun pertama, hanya 2 ribu untuk pasaran global

oleh Mohamad Hanif|
Ini mungkin satu berita yang baik dan kurang baik buat para peminat GR Corolla di luar sana.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Carscoops, wakil jurucakap Toyota menjelaskan Toyota hanya akan memasang kira-kira 8,600 unit GR Corolla untuk tahun pertama produksi, di mana 6,600 unit daripadanya dikhaskan untuk pasaran Amerika Syarikat.

Baki selebihnya (2,000 unit) akan diedarkan untuk pasaran global.

Langkah ini dilihat bertepatan dengan strategi 'one too few' yang disasarkan oleh Toyota untuk model GR Corolla, di mana model hot hatch ini tidak akan menjadi model terhad macam GR Yaris, sebaliknya kekal menjadi model eksklusif bagi menjaga kredibiliti niche model tersebut.

Baca: GR Corolla 2023

 Baca: GR Corolla - tidak terhad macam GR Yaris, tapi kekal eksklusif

 

GR Corolla


Daripada 6,600 unit yang dikhususkan untuk pasaran Amerika Syarikat, 1,500 unit daripadanya akan dihasilkan dalam spesifikasi Circuit Edition dengan kelengkapan seperti bumbung gentian karbon, tempat duduk suede, hud enjin berliang, LSD, trim luaran hitam serta pemasangan spoiler besar di belakang.

Disebabkan unit produksi yang terhad dan terdapat kira-kira 1,500 pengedar Toyota di sana, seorang pengedar Toyota di US mendedahkan pihaknya hanya akan menerima tiga unit sahaja GR Corolla.

Setakat ini, Toyota masih lagi belum mendedahkan harga jualan GR Corolla untuk pasaran tersebut. Namun berdasarkan info yang tertiris beberapa ketika yang lalu, GR Corolla dijangka akan tiba di pengedar pada bulan Oktober tahun ini.

Sumber: Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Sukan Bermotor
Pasukan Toyota akan menampilkan tiga jentera, iaitu ORC Rookie GR86 CNF Concept, ORC Rookie GR…
Berita Global
Daripada jumlah 200 unit yang diperuntukkan untuk sepanjang tahun, hanya 181 unit sahaja yang telah…