Produksi Ford Fiesta berakhir pertengahan tahun 2023 - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Ford Fiesta merupakan salah satu model kereta Ford yang paling popular sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1976, dengan lebih daripad 16 juta unit telah
terjual merentasi tujuh generasi sehingga kini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, selepas 46 tahun hatchback segmen B tersebut mungkin tidak akan mendapat model pengganti generasi baharu berdasarkan laporan yang membimbangkan daripada Auto Express.

Memetik sumber yang rapat dengan isu tersebut, Auto Express mendedahkan Ford akan menghentikan produksi model Fiesta seawal pertengahan tahun hadapan bagi memberikan laluan kepada produksi kereta elektrik di kilang Cologne, Jerman.

Ketika dihubungi, wakil Ford sekadar memberitahu, "kami sedang mempercepatkan usaha ke arah elektrifikasi dan kini sedang meneliti portfolio kenderaan yang selaras dengan strategi perniagaan kami.

"Kami tidak mahu mengulas berkenaan spekulasi yang timbul dan hanya akan berkongsi lebih banyak maklumat dalam masa beberapa bulan akan datang.
 

Fiesta


Ford sebelum ini mengesahkan SUV kompak Ford Puma bakal didapati dalam versi EV penuh menjelang 2024, berkongsi komponen yang sama dengan Transit Courier dan Tourneo Courier, dan akan dibina di kilang kenderaan komersial yang sama di Craiova, Romania untuk mengekalkan kos pemilikan yang mampu milik.

Difahamkan, syarikat Blue Oval itu tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menawarkan Fiesta versi elektrik sepenuhnya, walaupun berkongsi pelantar Global B Small Car yang sama seperti Puma.

Ini kerana, salah satu sebab utama Fiesta menemui ajalnya lebih awal adalah disebabkan oleh populariti SUV kecil yang semakin meningkat, menjadikan prestasi penjualan hatchback kecil seperti Fiesta merudum teruk.

Sebelum ini, Ford telah pun meringkaskan penawaran model Fiesta dengan menghentikan penjualan model tiga pintu yang tidak praktikal disebabkan oleh angka jualan yang semakin menurun.

Selain Fiesta, abang besarnya Focus juga dikatakan berdepan dengan nasib yang sama menjelang akhir tahun 2025.

Sumber: Auto Express

Berita Berkenaan

Berita Global
Satu tempoh jangka hayat yang agak panjang untuk sesebuah generasi kereta moden. Setelah…
Berita Global
Untuk makluman, unit terakhir yang keluar dari barisan produksi merupakan sebuah NSX Type S, dengan…
Berita Global
Perkembangan terbaharu ini adalah susulan kepada laporan ujian penyelewengan ujian keselamatan yang…