Produksi Chevrolet Camaro tamat, unit terakhir dilengkapi transmisi manual!

oleh Mohamad Hanif|
Sempat bertahan selama dua generasi sahaja sejak ia dihidupkan semula, produksi pony car Chevrolet Camaro kini ditamatkan setelah unit terakhir meluncur dari barisan pengeluaran kilang Lansing, Michigan 14 Disember lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, unit terakhir Camaro merupakan sebuah unit ZL1 1LE (gambar utama) yang dipadankan dengan kotak gear manual.

Buat masa ini Chevrolet tidak mengesahkan kehadiran pengganti bagi model Camaro, namun dalam satu pengumuman Mac lalu, pengeluar itu mendedahkan "ini bukanlah penamat bagi kisah Camaro".
 

Z


Chevrolet Camaro muncul buat kali pertama pada tahun 1967 sebagai pesaing rapat kepada Ford Mustang, dan sempat bertahan selama empat generasi sebelum pengeluaran ditamatkan pada tahun 2002.

Antara sebab generasi keempat Camaro ditamatkan pengeluarannya ialah faktor jualan yang lembab, serta pasaran sports coupe yang semakin mengecil.
 

camaro


Nama Camaro dihidupkan semula pada tahun 2009 dengan membawakan rekaan dan platform serba baharu, di mana ia berjaya menjuarai carta jualan kereta sports Amerika untuk tempoh beberapa tahun.

Kejayaan yang sama nampaknya sukar untuk dicapai kembali oleh model generasi keenam yang diperkenalkan pada tahun 2016.

Untuk rekod setakat suku ketiga 2023, Chevrolet telah menjual 24,688 unit Camaro, di mana angka tersebut jauh lebih rendah berbanding jualan tahun pertama (2016) di mana sebanyak 72,705 unit Camaro berjaya dijual pada waktu itu.

 

camaro


Apakah nasib bagi nama Camaro? Adakah ia akan mengekalkan resepi sebagai sebuah pony car dalam era EV kelak? Atau ia bakal dilahirkan semula sebagai sebuah crossover elektrik berprestasi tinggi?

Sumber: American Cars and Racing

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Chevrolet, edisi terakhir Camaro generasi keenam akan keluar dari barisan pemasangan di…
Berita Global
Baru-baru ini, syarikat penala dari Jepun iaitu Gibson telah menghasilkan satu lagi kit badan untuk…
Berita Global
Pujian harus diberikan kepada pemilik tersebut di mana sekali imbas mungkin sekali akan kita akan…