Produksi Airbus A380 bakal dihentikan menjelang tahun 2021

oleh Mohamad Hanif|
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Airbus A380, sebuah model kapal terbang dua tingkat wide-body dengan empat enjin jet yang menjadikannya antara kapal terbang penumpang terbesar di dunia?

Jika Airbus A380 menggunakan konfigurasi tempat duduk tiga kelas, ia sebenarnya mampu memuatkan penumpang sehingga 525 penumpang pada satu-satu masa.

Dengan jarak operasi sejauh 15,700 km, Airbus A380 ini mampu untuk menyediakan penerbangan jauh tanpa henti dengan kelajuan maksimum Mach 0.83 (903 km/j). 
 


Namun, menurut berita mengejutkan yang dilaporkan oleh The New York Times,  Airbus sendiri mengesahkan mereka akan menghentikan pengeluaran pesawat penumpang adi-jumbo ini setelah syarikat tersebut gagal untuk mendapatkan pesanan baru menjelang tahun 2021.

Emirates yang merupakan pelanggan utama sebenarnya sudah pun mengurangkan jumlah pesanan daripada 162 unit pada asalnya, sebaliknya mereka mengubah tempahan untuk pesawat yang lebih sesuai dengan operasi mereka seperti Airbus A330-900 dan A350-900. 

Keputusan ini bakal menyebabkan lebih 134,000 pekerja Airbus bakal hilang punca pendapatan dalam masa tiga tahun akan datang. 
 


Airbus A380 pada awalnya diperkenalkan bagi mengurangkan kesesakan trafik udara dengan keupayaan untuk membawa penumpang yang lebih ramai berbanding pesawat lain.

Dengan kos penyelenggaraan pesawat adi-jumbo yang amat tinggi memaksa para pengendali penerbangan memilih pesawat yang lebih kecil dan lebih murah untuk dimiliki. 

Namun, Airbus A380 masih akan kekal beroperasi dan Airbus berjanji akan terus menyokong para pengendali penerbangan yang masih kekal setia dengan pesawat penumpang tersebut.
 


Malaysia Airlines (MAS) juga mempunyai enam unit Airbus A380 di mana pesawat itu pada awalnya digunakan untuk penerbangan jarak jauh tanpa henti ke London dan Sydney. 

Menerusi Project Hope, kesemua enam unit Airbus A380-800 itu akan digunakan untuk mengangkut para jemaah haji dan umrah memandangkan ia mampu menampung kadar penumpang yang banyak untuk satu-satu masa, selain mampu menjimatkan lagi kos pengurusan ketika musim haji atau umrah. 

Berita Berkenaan

Informasi
"Pada masa yang sama, kami juga bekerjasama rapat dengan pembekal kami untuk mengurangkan dan…
Berita Global
Ini menimbulkan "bayangan terhadap keseluruhan industri," katanya. Menurut Scherer, kini lebih…
Berita Global
Cadangan ini bakal dibentangkan dalam satu mesyuarat akan datang sempena sasaran syarikat pembuat…