Produk VW terlaris tahun 2019 bukan sebuah kereta, tetapi sosej!

oleh Mohamad Hanif|
Masih ingatkah anda artikel #DuaKerja yang kami pernah siarkan sebelum ini?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Salah satu pengeluar yang kami paparkan di dalam artikel tersebut adalah Volkswagen, dan seperti yang kita semua maklum, selain daripada menghasilkan Beetle, Golf, Polo dan Arteon, sosej juga merupakan salah satu produk VW yang paling berjaya!

Volkswagen mula menghasilkan sosej Currywurst semenjak tahun 1970-an lagi di kilang Wolfsburg, dan pada mulanya sosej tersebut diproduksikan untuk keperluan para pekerja Volkswagen di sana. 

 


Lama kelamaan, akhirnya produk tersebut mula terjual ke seluruh dunia dan ia mempunyai status yang sama seperti komponen automotif Volkswagen - siap dengan nombor siri lagi!

Tahun lalu, kilang Volkswagen menghasilkan kira-kira 6.2 juta unit kenderaan di seluruh dunia merangkumi 50 buah model, namun 'model' sosej ini sahaja berjaya mengatasi jumlah tersebut dengan jumlah penghasilkan 6.8 juta unit.