Produk Triumph-Bajaj akan muncul tahun 2022

oleh HEZERI SAMSURI|
Hasil kerjasama antara Triumph dan Bajaj akan dilihat seawal tahun 2022.

Menurut Paul Stroud, Ketua Pegawai Komersil untuk Triumph, motosikal-motosikal tersebut akan menggunakan jenama Triumph, walaupun di India.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Ia akan dijual di pengedar-pengedar Triumph di seluruh dunia dan juga di India," terangnya.

Jenama UK itu sudahpun mempunyai wakil pengedar di kebanyakan negara-negara Asia dan motosikal dengan kapasiti lebih kecil ini akan dijual melalui pengedar-pengedar tersebut.

Produk dari kerjasama itu dijangka akan mempunyai kapasiti enjin dari 250 cc ke 700 cc - bermakna ia tidak akan menggugat produk-produk Triumph sedia ada.

Bajaj akan membina motosikal-motosikal itu di kilang Bajaj di India untuk dieksport ke seluruh dunia.

Siapa sangka Bajaj yang dahulunya menghasilkan motosikal-motosikal ringkas kini sudah mempunyai teknologi dan kerjasama dengan syarikat motosikal ternama seperti KTM dan Triumph.

Diharapkan Modenas juga akan menyinar satu hari nanti. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Ketua Polis Trafik Tol Bitung, Asisten Komisioner Polis Andy Pradana, sejurus menerima…
Berita Global
Tidak seperti operasi mereka di Thailand di mana hanya pemasangan sahaja dilakukan, Harley berminat…
Berita Global
Menurut perjanjian tersebut, Bajaj akan mengambil alih hak pengedaran motosikal Triumph di India…