Prodrive tunjuk teaser 'P25' - restomod Impreza 22B STI?

oleh Mohamad Hanif|
Prodrive sememangnya mempunyai sejarah kerjasama dengan Subaru yang sangat panjang, di mana syarikat itu juga turut terlibat dalam World Rally Championship pada tahun 1990-an dan 2000-an.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Teaser terbaharu 'P25' yang didedahkan oleh Prodrive ini memperlihatkan garis badan sebuah Subaru Impreza 22B dua pintu, di mana ia memberikan bayangan Prodrive mungkin akan tampil dengan projek restomod bagi model yang dimaksudkan itu.

Ia ditambah lagi dengan kehadiran bayangan sayap belakang dan skup hud enjin di bahagian hadapan yang dilihat sama dengan model yang asal.

Pemilihan angka 25 itu mungkin merupakan satu rujukan kepada sambutan ulang tahun, di mana pada tahun 1997 (kira-kira 25 tahun yang lalu) Subaru telah memenangi gelaran ketiga dalam kategori pengeluar WRC, dan pada tahun 1998 Subaru meraikan kejayaan itu dengan membina model Impreza 22B STI.

Pengumuman Prodrive itu dikatakan tiba pada waktu yang sesuai, memandangkan Subaru sendiri sebelum ini mengesahkan mereka tidak akan melancarkan Subaru WRX STI generasi baharu disebabkan oleh regulasi yang semakin ketat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Subaru Impreza S5 WRC tahun 1998 ini menampilkan nombor pendaftaran 'P2 WRC' yang asalnya…
Berita Global
Untuk mereka yang mempunyai masa dan juga wang, anda boleh mendapatkan simulator perlumbaan yang…
Berita Global
Sebanyak 25 unit sahaja P25 yang akan dihasilkan dengan menggunakan teknologi dan bahan terkini,…