PRN Johor: PLUS nafi beri diskaun 50 peratus

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad menafikan kenyataan berhubung pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus utuk orang ramai pulang mengundi seperti yang tular baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

PLUS memandang serius perbuatan menggunakan logo syarikat untuk mengelirukan orang ramai, dan akan bekerjasama dengan pihak berwajib untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, PLUS turut memaklumkan purata jumlah kenderaan harian di Lebuhraya Utara-Selatan kekal 1.4 juta kenderaan setiap hari sepanjang kempen Pilihanraya Negeri Johor.

Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi akaun Twitter @PLUSTrafik, atau dengan memuat turun aplikasi PLUS bagi membantu perancangan perjalanan mereka.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…