Prius 24h Le Mans Centennial GR Edition - Rupa agresif yang diinspirasikan dari hypercar Toyota GR010 Hybrid

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Toyota Gazoo Racing telah mendedahkan rupa bagi Toyota Prius Hybrid yang dinaik taraf dan diinspirasikan dari rupa jentera hypercar Toyota GR010 Hybrid, dimana ia menyambut ulang tahun ke-100 nya minggu ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Prius 24h Le Mans Centennial GR Edition menerima naik taraf kit badan agresif yang diinspirasikan oleh hypercar Toyota GR010 Hybrid, pemenang dalam dua perlumbaan Le Mans.

Ia menampilkan bonet gentian karbon ringan, suspensi trek lebar dan set roda aloi yang ditempah khas, dimana Toyota mendakwa bahawa ia memberikan peningkatan prestasi.

 

2

 

Sebelum ini, CEO baharu Toyota, Koji Sato telah menyatakan bahawa lebih banyak kereta sport GR akan diperkenalkan, sekaligus ia bakal terus menyajikan 'hidangan menarik' buat golongan petrolhead, khususnya peminat divisyen Toyota Gazoo Racing.

Bercakap kepada Autocar, Koji menjelaskan, "Jenama Gazoo akan diiktiraf untuk masa depan, dan kami juga boleh mempercepatkan langkah tersebut."

"Master Driver kami (Akio Toyoda) sebelum ini bukan sahaja memegang jawatan presiden syarikat dan dalam masa yang sama memegang roda stereng sebenar di Gazoo. Kini beliau hanya memegang jawatan pengerusi, mungkin beliau mempunyai lebih banyak masa terluang untuk membangunkan kereta baharu?"

 

3

 

Berdasarkan konsep baharu Prius yang dihasilkan itu, ia mungkin bakal menjadi asas kepada Prius versi GR yang akan diproduksikan.

Dari segi kuasa, Toyota tidak mendedahkan maklumat mengenai nadi yang digunakan pada model konsep tersebut, namun Prius generasi baharu yang paling berkuasa ialah Prius PHEV.

Prius PHEV dikuasakan oleh enjin Dynamic Force 2.0 liter menghasilkan 146 hp, dipadankan dengan motor elektrik 158 hp, menghasilkan kuasa gandingan sebanyak 220 hp.

 

5

 

Jika Toyota mahu menghasilkan Prius versi GR, ianya pasti akan menjadi lebih berkuasa berbanding Prius PHEV, dimana kuasa yang dihasilkan haruslah setara dengan lencana GR tersebut.

Prius GR Edition itu kini dipamerkan sebagai sebahagian daripada paparan meraikan kejayaan Jepun di Le Mans, dihasilkan dengan kerjasama Mazda, yang menjadi pemenang Jepun pertama perlumbaan itu dengan jentera berenjin rotary, iaitu Mazda 787B 1991.

Pameran itu turut meneroka penyelesaian neutral karbon untuk masa depan sukan permotoran, termasuk elektrifikasi, hidrogen dan bahan api ICE yang mampan.

 

4