Primula Beach Hotel sedia stesen pengecasan EV

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: TRDI
Para pemilik kenderaan elektrik di sekitar Terengganu kini boleh mendapatkan perkhidmatan pengecasan kenderaan di stesen pengecasan yang terletak di Primula Beach Hotel.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Stesen pengecasan tersebut merupakan antara tiga lokasi yang terdapat di sepanjang Pantai Timur.

Menurut Presiden Kelab Pemilik Kenderaan Elektrik Malaysia (MyEVOC), Dato' Shahrol Halmi berkata, pembukaan stesen pengecasan itu merupakan langkah tepat yang diambil oleh pihak hotel.

"Jika dahulu pengguna kenderaan elektrik mengalami kesukaran untuk datang ke Pantai Timur kerana tidak mempunyai stesen mengecas kini boleh berbuat demikian sama ada di Hotel Primula, Hotel Tanjung Vista atau Awana Kijal di Kemaman di Terengganu yang merupakan satu-satunya negeri di Pantai Timur yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

“Ia juga membantu bakal pengguna kereta berubah kepada kereta EV di masa hadapan,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran stesen pengecasan EV di Hotel Primula di sini hari ini.

Stesen pengecasan yang ditaja oleh MyEVOC itu memiliki kapasiti 7.4 kW dengan kos pemasangan sekitar RM3,000.

Sehingga kini, terdapat kira-kira 500 stesen pengecasan EV dan 15 stesen pengecasan pantas yang terdapat di Pantai Barat, termasuk Lembah Klang.

Sumber: TRDI

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Domestik
Garis Panduan itu disediakan sebagai panduan seragam kepada semua pihak yang berminat untuk membina…
Berita Domestik
Baru-baru ini, Tesla mengumumkan pengembangan rangkaian pengecasan Tesla ke Pulau Pinang dengan dua…