Preve Rocket Bunny!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Konsep rocket-bunny bukan satu modifikasi calang-calang.

Ia perlukan pengorbanan wang Ringgit dan juga masa untuk mencari komponen yang sepadan dan paling penting, bengkel yang mahu melakukannya dengan baik. 

Lebih-lebih lagi untuk model kenderaan yang jarang dilakukan modifikasi secara ekstrem begini.

 

 

Untuk Mohammad Fazreen Idham Mohd Jaiz atau nama manjanya, Rain, memang ia menjadi idaman beliau agar Preve miliknya tidak sama seperti dengan yang lain.

Rain yang bekerja di Domino's Pizza dan tinggal di Kajang dahulunya menggunakan Proton Wira. Tahun 2015, Rain membeli Preve ini dan perlahan-lahan ia mula melakukan program transformasi Preve kelabu ini.

 

 

Kos yang dihabiskan ialah antara RM20,000 ke RM25,000. Tidak banyak info yang dapat dari projek ini tetapi yang pasti, Rain mengidamkan sebuah GTR 34 di masa hadapan.

Syabas Rain, ini memang Preve yang tercantik pernah kami lihat!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…