Prestige CarCare tawar bantuan tepi jalan untuk petugas baris hadapan, percuma!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan, Prestige CarCare ingin menawarkan perkhidmatan bantuan kecemasan secara percuma kepada semua petugas baris hadapan COVID-19 termasuklah doktor, pekerja kesihatan, polis dan juga RELA.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tawaran ini terhad kepada mana-mana kenderaan petugas yang terkandas di sekitar Lembah Klang sepanjang tempoh PKP sehingga 14 April ini.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah jump start serta penukaran tayar yang akan dikendalikan oleh khidmat professional dan mekanik yang bertauliah 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Untuk mendapatkan bantuan daripada Prestige CarCare, ikuti langkah berikut:

1. Hubungi talian Prestige CarCare di 010-276 1163
2. Nyatakan masalah yang dihadapi serta kondisi kenderaan
3. Berikan identiti peribadi dalam bentuk gambar dan hantar melalui WhatsApp untuk membuktikan anda petugas baris hadapan
4. Selepas pengesahan diterima, mekanik yang bertugas akan menuju ke lokasi anda untuk menjalankan tugas.