Prestasi jualan Proton tahun ini atasi jumlah jualan 2021

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang bulan Oktober, Proton telah berjaya menjual 13,013 unit kenderaan (domestik dan eksport), menjadikan jumlah jualan keseluruhan untuk tahun ini mencecah 155,366 unit.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini bermakna, prestasi jualan untuk tahun ini telah mengatasi jumlah jualan sepanjang tahun 2021 (114,708 unit), dan merupakan rekod terbaik Proton sejak tahun 2014.

Angka itu dijangka akan terus meningkat dalam tempoh dua bulan terakhir tahun ini.

Sepanjang bulan lepas, Proton menduduki tempat kedua dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 21.1 peratus.
 

X70


Segmen SUV terus dikuasai oleh Proton sejak empat tahun memperkenalkan model SUV pertama mereka, di mana X50 menjadi peneraju dengan 3,602 unit telah diserahkan sepanjang bulan Oktober, diikuti 1,391 unit Proton X70.

Secara keseluruhan, sebanyak 48,729 unit SUV telah diserahkan setakat ini untuk tahun 2022, terdiri daripada 33,193 unit Proton X50 dan 15,536 unit Proton X70.  

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, "pertumbuhan volum empat tahun berturut-turut merupakan satu pencapaian yang membanggakan, dan walaupun terdapat pelancaran model pesaing baharu, ia kekal menjadi peneraju di dalam kelasnya.

Bersempena dengan ulang tahun yang keempat, Proton menawarkan hadiah yang terdiri daripad aksesori bernilai RM1,499, kadar faedah serendah 2.52 peratus serta pelbagai tawaran menarik untuk para pembeli model X70 baharu sepanjang bulan November ini.
 

Promo


Proton Saga masih lagi model Proton yang paling laris terjual setakat ini, dengan 5,262 unit telah diserahkan sepanjang bulan Oktober, dan jumlah jualan YTD sebanyak 45,965 unit, atau peningkatan sebanyak 42 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Proton Persona pula mencatatkan jumlah serahan 1,697 unit, diikuti Proton Iriz sebanyak 661 unit dan Proton Exora sebanyak 400 unit.

Jumlah eksport kenderaan Proton juga meningkat sepanjang bulan Oktober, di mana sebanyak 416 unit telah dieksport menjadikan jumlah eksport keseluruhan kepada 4,741 unit.

Untuk pasaran eksport, Proton Saga kekal menjadi pendahulu dengan jumlah jualan 2,106 unit, diikuti Proton X70 (1,608 unit).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan pasaran EV yang berkembang pesat, pembuat EV dari Amerika Syarikat itu kini menghadapi…
Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pembukaan pusat 3S baharu ini menjadikan jaringan pengedar Mitsubishi Motors bertambah kepada 59…